Sunday, September 21, 2008

Kita

  • Kita dilahirkan dengan dua mata di depan sebab kita tidak harus selalu melihat kebelakang,tapi melihat apa yg ada di hadapan kita.

  • Kita dilahirkan dengan dua telinga, satu dikanan dan satu di kiri sehingga kita boleh mendengar dari dua sisi,kita boleh mendengar tentang pujian,kita juga boleh mendengar tentang kritikan.

  • Kita dilahirkan dengan otak di dalam tengkorak kepala kita sehingga tak ada seorangpun yg boleh mencuri apa yang kita fikirkan.

  • kita dilahirkan dengan dua mata, dua telinga, tetapi satu mulut sebab mulut adalah salah satu senjata yg tajam.Mulut dapat menyakiti,menggoda dan membunuh.Ingat kata² : "sedikit bercakap, banyak melihat dan banyak mendengar".
  • Kita dilahirkan hanya dengan satu hati, jauh didalam tulang rusuk kita dan ini mengingatkan kita untuk memberikan dan menghargai cinta dari dalam dan ikhlas sepenuhnya..

Inilah Kita..

Monday, September 15, 2008

Sebelum Kita Mengeluh..


  • Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,mengumpat atau sebagainya fikirkanlah tentang seseorang yang tidak dapat bercakap sama sekali.
  • Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan yang dimakan, fikirkanlah tentang seseorang yang tidak mempunyai apapun untuk dimakan.
  • Sebelum kita mengeluh tidak mempunyai apa-apa, fikirkanlah tentang seseorang yang meminta sedekah di jalanan.
  • Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk, pikirkan tentang seseorang yang berada pada tingkat yang terburuk di dalam hidupnya.
  • Sebelum kita mengeluh tentang suami atau isteri kita, fikirkanlah tentang seseorang yang memohon kepada Allah untuk diberikan teman hidup.
  • Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup kita, fikirkanlah tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.
  • Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita, fikirkanlah tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak.
  • Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain, ingatlah bahwa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.
Fikir-fikirkanlah..

Thursday, September 4, 2008

Kisah Kita Yang Terlupa..

Sabda Nabi S.A.W: akan datang kasih mereka 5 perkara dan lupa mereka 5 perkara:

  1. Kasih mereka kepada hidup - Lupa mereka kepada mati
  2. Kasih mereka kepada harta -Lupa mereka kepada hisab
  3. Kasih mereka kepada mahligai - Lupa mereka kepada kubur
  4. Kasih mereka kepada dunia - Lupa mereka kepada akhirat
  5. Kasih mereka kepada makhluk - Lupa mereka kepada Allah.

Apabila hampir mati seseorang hamba Allah maka terbahagilah dia kepada lima bahagian:

  1. Hartanya untuk warisnya.
  2. Nyawanya untuk Malaikal Maut
  3. Dagingnya untuk ulat-ulat
  4. Tulangnya untuk tanah
  5. Amalan dan kebajikannya untuk orang yang dianiayainya

Sekian Untuk Renungan Semua..Selamat Mengimarahkan Ramadhan Yang Mulia Ini.