Wednesday, August 26, 2009

Puisi Malam Merdeka

malam merdeka
semakin leka manusia di buai rasa kegembiraan
semakin lalai manusia dalam hiburan
semakin galaknya bunyi-bunyi irama muzik
semakin terang lampu neon bercahaya....
dan pasti malam itu
semakin ramai orang yang hilang waktu isyaknya..
semakin ramai orang yang akan hilang harga diri..
semakin ramai anak gadis menjadi mangsa
semakin ramai mat rempit akan beraksi
dan memang pasti
Jalan akan menjadi sesak...
masjid dan surau menjadi kosong...
dataran akan menjadi sesak
sesak dengan manusia..
sepatutnya
malam itu malam pengisafan,
malam yang perlu banyak merenung....
perjuangan pemimpin negara,
memperjuangkan kemerdekaan negara kita..
perjuangan pahlawan negara,
yang gugur di medan juang......
dan akhirnya
anda akan menyaksikan sendiri..

sama² la kita pikiaq..

Monday, August 24, 2009

Sunat-Sunat Puasa

1) Menyegerakan berbuka puasa apabila telah yakin waktu berbuka.
Rasulullah s.a.w. bersabda:
Bermaksud: “Allah berfiman: Hambaku yang lebih Aku cintai adalah mereka yang menyegerakan berbuka”.
2) Makan sahur walaupun sedikit.
Rasulullah s.a.w. bersabda:
Bermaksud: “Makan sahur itu berkat, oleh kerana itu jangan kamu tinggalkan, walau hanya sekadar meneguk seteguk air, kerana Allah merahmati orang-orang yang makan sahur dan malaikat mendoakannya”.
3) Melambatkan makan sahur iaitu lepas daripada tengah malam dan sebelum waktu imsak.
4) Berbuka dengan buah kurma atau benda-benda yang manis.
5) Memperbanyakkan membaca Al-Quran.
6) Memperbanyakkan sedekah.
7) Beriktikaf siang hari dalam masjid.
8) Menghadiri majlis-majlis ilmu.
9) Menyediakan makanan untuk berbuka untuk orang-orang berpuasa.
10) Jangan bersugi setelah tergelincir matahari ke arah barat sehingga terbenamnya matahari kerana boleh memakruhkan puasa.

Selamat Menjalani Ibadah Puasa.Bersamalah Kita Tingkatkan Amal Ibadat Di Bulan Yang Mulia Ini.Semoga Allah Akan Memberkati Segala Amalan Kita :)

Salam Ramadhan Al-Mubarak


Berlabuh sudah tirai Syaaban.Nikmat Ramadhan mula dikecapi.Luhur hati ikhlas amalan.Semoga segala amal ibadat akan lebih diberkati.Mohon maaf atas segala khilaf.Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak & Selamat Berpuasa kepada semua rakan² dan pembaca yang beragama Islam =]

Sunday, August 16, 2009

Antara Cinta Dan Suka

Di hadapan orang yang kita cinta,
hati kita akan berdegup kencang...
Tapi di depan orang yang kita suka,
hati kita akan gembira...
Di depan orang yang kita cinta,
musim sentiasa berbunga-bunga...
Di depan orang yang kita suka,
musim itu cuma berangin sahaja...
Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta,
kita akan kaku...
Tapi jikalau kita melihat ke dalam mata orang yang kita suka,
kita akan tersenyum...

Di depan orang yang kita cinta,
lidah kelu untuk berkata-kata...
Di depan orang yang kita suka,
lidah bebas berkata apa sahaja...
Di depan orang yang kita cinta,
kita menjadi malu...
Di depan orang yang kita suka,
kita akan tunjukkan imej yang sebenar...
Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta....
Tepi kita selalu merenung mata orang yang kita suka...
Bila orang yang kita cinta menangis,
kita akan turut menangis...
Bila orang yang kita suka menangis,
kita akan turut membuat dia gembira...

Perasaan cinta bermula dari mata,
Perasaan suka bermula dari telinga...
Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka...
Umpama kita membuang telinga kita
Tapi jika kita cuba menutup mata
Cinta berbuah menjadi airmata

Setiap orang yang akan mengalami ini dalam hidup mereka,
Cuma fikirkanlah bersama-sama siapa yang anda cinta

Tetapi, hakikatnya
Cinta kepada Allah swt..
Adalah lebih hakiki dan abadi!