Monday, April 28, 2008

iklan shampoo..

muahahaha.. singa pon pakai shampoo beb, jangan memain.. haha

Malaysia hari ini..

Along

Lokasi: Sungai Besi,KualaLumpur

Mat Rempit


Curi Kabel


Sempoi punya signboard

berhati-hati dengan menu kat kedai mamak..

ni cemana nak ditafsirkan ni kekeke...

Friday, April 25, 2008

palestin dirompak..

Lihatlah bagaimana sehari demi sehari sejak 1946 negara palestin telah kehilangan tanah air mereka akibat sikap tamak yang tidak berperikemanusiaan bangsa yahudi (israel) untuk menduduki bumi palestin.Mereka sanggup lakukan apa cara sekalipun untuk mencapai hasrat mereka itu.Rakyat Palestin yang tidak berdosa dibunuh dan diseksa tanpa rasa belas kasihan..bumi palestin dihujani peluru..Palestin yang dulu sebuah negara yang besar,tetapi setelah DIROMPAK oleh israel,tak ada apa lagi yang tinggal..sungguh keji yahudi..

true story..

A taxpayer called up the LHDN (Inland Revenue Board) in Terengganu, and asked for Form B. The LHDN clerk who answered the call asked for the address to send the form to. The conversation goes:

LHDN CLERK : "Boleh bagi alamat encik?"
TAXPAYER : "Hantar ke Ranhill Worley."
LHDN CLERKI : "Ranhill... eja macam mana?"
TAXPAYER : "R.. for Rumah... A for Ayam.. N for Nangka... H for Holland..I for itik... L for lain- lain...."
LHDN CLERK : "Ok.. nanti kami hantar ke alamat tu"

After waiting for a week, the form arrived - have a look at the address on the envelope!!!









Tuesday, April 22, 2008

tak lawa tak apa, janji baik hati..

ok ke kalo iklan macam ni? agak² berkesan tak?

busy la sangat...


Jalankan tanggungjawab yang diamanahkah dengan ikhlas.. hehe.. Jangan sampai kat opis tu ada signboard camni :)

Monday, April 21, 2008

Tabiat Orang kita, Kita sebenarnya..

......lebih gembira menyambut 1 Januari daripada 1 Muharram !
......lebih tahu apa itu
14 Februari daripada 12 Rabiulawal !
......lebih membesarkan hari
Sabtu dan Ahad daripada hari Jumaat !
......lebih khusyuk mendengar
lagu daripada mendengar Azan !
......lebih suka
lepak, tidur, tengok TV..dll daripada Solat dan mengaji !

......lebih tahu tentang artis pujaan kita daripada nama nabi-nabi Allah !
......lebih suka menyebut
hello! dan hi! daripada Assalamualaikum !
......lebih suka
menyanyi dangdut, rap, hip-hop...dll daripada berwirid atau bertahmid !
......lebih suka memuji
manusia daripada Tuhan kita sendiri !

......lebih suka membaca majalah hiburan daripada buku-buku agama !
......lebih suka ke
konsert, karaoke daripada ke ceramah agama !
......lebih suka
memaki, mengumpat orang daripada memuji mereka !
......lebih suka
mencarut, @#!*@!! daripada menyebut MasyaAllah !
......lebih suka
kemungkaran daripada membuat kebaikan !
......lebih
bangga dengan kejahilan kita daripada bersyukur dengan keimanan kita !
......lebih cintakan
dunia daripada urusan akhirat !

TETAPI bila ditanya arah tujuan kita, kita pasti akan jawab bahawa...

KITA SEBENARNYA......lebih suka menuju ke
Syurga daripada ke Neraka !

Layakkah kita dengan Syurga milik Allah? Sama-samalah kita pikiaq...

magik la jugak.. :)

Anda mesti lakukan ini.. cuba jgn tak cuba ... nanti anda akan menyesal.............
Manarik.. pelik tapi benar... misteri nusantara... tak rugi mencuba...
Cuba tumpu perhatian. Ikut arahan dibawah ni... sesuatu menakjubkan akan anda saksikan buat pertama kalinya.. jeng.. jeng...

1. tutup sebelah mata anda (kiri atau kanan)

2. ambil mouse anda
3. tekan butang kanan (right click) mouse tu
4. pilih "select all" (atau ctrl-A atau select all guna mouse tu)
woi, takde kerja lain ke... asyik main internet jer... bos bayar gaji bukan utk main internet ...
pegi buat kerja tu... patut le keja bertimbun-timbun...
takde mana magiknya .......
hahaha, jangan marah ya kihkih...

bila kamera tak ada F L A S H..


flash itu penting,kalo tak, jadi macam gambar yang kat atas ni :)

Friday, April 18, 2008

Blues Cinta Merapu

Dalam kesuraman ultra lembayung tika tujuh bulan menumpahkan cahaya dibawah kaki langit khirmizi, tiba-tiba aku terkenangkan eurika nostalgia cinta lama yang kita palitkan berdua. Kehadiranmu bersama molekul-molekul hidrogen menerjang segala kekusutan yang membelit tali perutku. Dan kehadiranmu itu mengajar aku erti rindu gelora dan shahdu. Kau juga mengajarku erti cinta, singa laut,beruang kutub,penguin, kambing salji, mee rebus, cendol, koridor,kotak pensil, tali kasut dan pasu bunga.Kala itu, kita bagaikan Nobita dan Sizuka.Kau dan aku umpama Kurt Cobain dan Rafeah Buang yang tidak dapat dipisahkan. Malangnya percintaan yang mendapat liputan meluas hingga ke planet Ziku itu telah mengundang perpisahan yang akhirnya telah mengecewakan seluruh penternak lipan di Burma. Kau pergi jua ketika Kuala Lumpur sedang bersiap sedia menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 1998.
Sesungguhnya perpisahan itu berpunca daripada penebangan pokok getah secara besar-besaran di Lembah Klang. Pemergianmu menyebabkan aku menghidap penyakit resdung dan hepatitis-Q secara mengejut.Ketiadaanmu memaksa aku memakai topi keledar setiap masa sebagai langkah keselamatan.Aku seperti tidak percaya dengan apa yang telah terjadi. Aku bagaikan tergelincir dari orbit bumi dan terpelanting ke ruang angkasa, apabila daya tarikan graviti terhadapku tiada lagi fungsi setelah aku tersungkur dalam percintaan yang berlarutan hingga ke rubber- set.Seluruh perjalanan hidupku menjadi gelita bagaikan terperangkap di dalam gua yang gelap dan ditemani stalagtit dan stalagmit yang bagai sembilu.
Kondominium cinta yang kita bina dari makgat basikal dan kipas helikopter akhirnya musnah setelah kau berpaling tadah. Ternyata sikapmu mulai berubah bila Malaysia mula melancarkan satelit MEASAT- 1ke ruang angkasa raya. Sejak itu kau sering melarikan diri bila terserempak dengan abang iparku. Akhirnya aku menyedari bahawa diri ini tidak diperlukan lagi. Sejak kau tiada, aku sering menyendiri berbual-bual dengan pokok betik untuk mengisi masa lapang.
Kadang-kadang aku mengikat botol oren pada tiang rumah agar nampak lebih cantik. Saban hari aku termenung di dalam peti sejuk mengenangkan dirimu yang entah kemana menghilang. Aku cuba bermain badminton sambil makan mi hailam untuk melupakanmu, tetapi aku tak berdaya. Lalu aku membakar mesin basuh dan membelasah empat ekor itik serati jiran sebelah sebagai tanda aku tidak bersalah.
Mengapa?Mengapa sayang? Mengapa ini semua bisa terjadi? Mengapa setelah kau curi hatiku, kau rompak cintaku lantas kau bunuh cintaku sehingga kau terbunuh dalam kemalangan cinta yang ngeri. aku bagaikan terhimpit dan dihimpit oleh guni-guni batu yang kau timpakan di atas belakangku. Derita yang kautimpakan itu adalah bebanan yang terlalu berat untuk ku tanggung bagaikan mendukung 75 ekor biawak dan 386 ekor anak beruk. Dan kini segala harapanku hancur berkecai bagaikan aku terjatuh dari Menara Kuala Lumpur dan dihempap oleh Menara Berkembar Petronas lalu tersangkut di celah landasan LRT dan kemudiannya digilis pula keretapi Komuter hingga aku hancur berkecai. Oh! terlalu berat dugaan yang kutempuhi kini.Kini segalanya telah pun berakhir.
Aku sedar siapa aku. Aku hanya insan biasa yang suka makan mi segera. Aku bukan McGyver, McDonald's,Superman atau Kesatria Baja Hitam. Aku juga bukanlah Ultraman seperti yang kau idam-idamkan. Aku menyedari kekurangan diri dan kekurangan kemudahan awam di tempat sendiri.Tak perlu dikesali lagi kerana nasi telah menjadi capati dan tin sardin yang ku genggam ini telah pun luput tarikhnya. Segalanya sungguh mengharukan dan semua hadiah pemberianmu termasuk enjin kapal selam telah pun aku cincang untuk dibuat makanan lembu. Walaupun segalanya telah pun berakhir, disini, diatas pokok getah ini aku tetap menunggu kau akan kembali.
Selagi ada nafas ini, selagi ada kompleks membeli-belah SOGO, selagi ada kedai kasut selipar di sekitar Argentina, selagi kumpulan Metallica tidak berpecah, aku tetap menunggumu sehinggalah mentari terbelah lapan. Namun aku menyedari bahawa penantianku hanyalah sia-sia belaka. Akhirnya aku mengambil keputusan muktamad untuk menunggu tiang elektrik dihadapan rumahku berbuah. kalau tiang elektrik berbuah nanti, aku poskan buahnya kepadamu. Nak tak?..

Manusia & buah

Jangan suka mendedah tubuh
Jadilah seperti jagung, jangan seperti gajus.
Jagung membungkus bijinya yang banyak, sedangkan gajus mempamerkan bijinya yang cuma satu.


Setia terhadap pasangan
Jadilah seperti pohon pisang.
Pohon pisang kalau berbuah hanya sekali seumur hidupnya.


Kecantikan dalaman
Jadilah seperti durian, jangan seperti kedondong.
Durian walaupun di luarnya penuh kulit yang tajam, tetapi di dalamnya lembut dan manis.
Berbeza dengan kedondong, di luarnya mulus dan berkilat, tetapi di dalamnya ada biji yang berduri.


Jaga kesucian dalam bergaul
Jadilah seperti sengkuang, walaupun hidup dalam tanah dan selut, tetapi umbinya tetap putih bersih.


Selalu bertindak adil
Jadilah seperti tandan petai, bukan tandan rambutan.
Tandan petai membahagi makanan sama rata ke biji2nya, semua seimbang, tidak seperti rambutan, ada yang kecil ada yang besar.


Semakin tua semakin bijaksana
Jadilah seperti cili. Semakin tua,semakin pedas.


Jangan bermuka-muka
Jadilah seperti buah manggis.
Buah manggis boleh diteka isinya dari bahagian bawah buahnya.


Menjadi banyak manfaat
Jadilah seperti buah dada.
Kerana selain bermanfaat sebagai sumber tumbesaran buat anak, ia mampu menjadi alat rekreasi buat bapaknya juga! (No Komen :) )

DEMI MASA..kita sering terlupa..

1hari=24jam
Satu TAHUN ?
12 Bulan
52 Minggu
365 Hari
8760 Jam
525600 Minit
31536000 Detik
Distribusi normal manusia meninggal dunia (tahun)
<> 70th
60th - 70th
(65th)
Chart
Kebanyakan manusia meninggal dunia antara usia 60 thn-70thn (majoriti)
Puratanya manusia meninggal ± 65 th
"Baligh: Start untuk seseorang di perhitungkan amal baik atau buruknya selama hidup di dunia"
Laki-laki Baligh ± 15 tahun
Wanita Baligh ± 12 tahun
Usia Yang ada untuk kita beribadah kepada-Nya, puratanya:
Mati - Baligh = Baki Usia, :~ 65 - 15 = 50 tahun
50 tahun digunakan untuk apa?

Catatan:
50 tahun=
18250 hari=
458000 jam
12 jam siang hari
12 jam malam hari
24 jam satu hari satu malam

Gambaran kasarnya:
Mari kita muhasabah bersama..... ....!
Waktu kita tidur ± 8 jam/hari ;
Dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai tidur 18250 hari x 8 jam= 146000 jam= 16 tahun 7 bulan; dibulatkan jadi 17 tahun
Logiknya: Alangkah sayangnya waktu 17 tahun habis di gunakan untuk tidur, padahal kita akan tertidur dari dunia untuk selamanya... ....

Waktu aktiviti kita di siang hari ± 12 jam
Dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai untuk aktiviti:
18250 hari x 12 jam= 219000 jam = 25 tahun
Aktiviti disiang hari: Ada yang bekerja, atau bercinta, ada yang belajar atau mengajar, ada yang sekolah atau kuliah,
ada yang makan sambil jalan-jalan, dan banyak lagi.

Waktu rehat ± 4 jam
Dalam 50 tahun waktu yang dipakai untuk rehat 18250 hari x 4 jam= 73000 jam = 8 tahun
Rehat: menonton tv, atau mungkin dihabiskan termenung di buai khayalan.... ..
17 tahun + 25 tahun + 8 tahun = 50 tahun
Lalu Bila Nak Beribadah???
Padahal Allah ada berfirman yang bermaksud; "Tidak KUciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKU".
Maut datang menjemput tak pernah bersahut,
Malaikat datang menuntut untuk merenggut,
Manusia tak kuasa untuk berkata-kata,
Allah Maha Kuasa atas syurga dan Neraka,
Terimalah habuanmu seadanya..
Memang benar!!! Menuntut ilmu itu ibadah, kalau niatnya untuk ibadah, tetapi kebanyakannya belajar agar mudah mencari pekerjaan..
Sekiranya belajar itu tidak membantu menambah pendapatan kita, kita tidak akan belajar...
Memang benar!!! Bekerja cari nafkah itu ibadah, tapi bekerja yang bagaimana?
Ramai orang bekerja untuk hidup bermewah-mewahan dan amat kurang sedekahnya.
" Jarang ada yang menolak untuk dipuji dan dipuja tatkala berjaya "

Lalu Bila Nak Beribadah???
Oh! mungkin solat 5 waktu itu dianggap sudah mencukupi... !
Karena kita fikir; solat wajib besar pahalanya, solat amalan pertama yang dihisab, solat jalan untuk membuka pintu syurga...
Benarkah solat kita itu mencukupi dan diterima !!?

Berapa banyak solat kita dalam 50 tahun???
1 solat = ± 10 minit ..... 5x solat = ± 1 jam
Dalam waktu 50 tahun waktu yang terpakai utk solat = 18250 hari x I jam =18250 jam= 2 tahun

Kesimpulan:waktu yang kita manfaatkan dalam 50 tahun di dunia cuma 2 tahun untuk solat ( ini kalau yg solat 10minit!
Kalau solat macam ayam patuk tanah..amacam? ) 2 tahun dari 50 tahun kesempatan kita....
itupun belum tentu solat kita bermakna berpahala dan di terima.
Dan sekiranya pahala solat kita selama 2 tahun tidak sebanding dengan perbuatan dosa-dosa kita selama 50 tahun;
dalam percakapan kita yang selalu dusta, baik yang sengaja ataupun tidak, dalam pertuturan kita yang sering mengguris
orangtua kita, dalam harta kekayaan kita yang selalu kedekut terhadap orang faqir, dalam setiap perbuatan kita yang
selalu bergelumang dosa...

Logiknya:
Bukan satu yang mustahil kita umat akhir zaman akan berhamburan di neraka untuk mendapatkan balasan kelalaian... .........
Terlalu banyak masa yang terbuang percuma selama manusia hidup di dunia dan semuanya itu akan menjadi bencana..... .......

Penyelesaian:
Tiada kata terlambat walaupun waktu berlalu cepat, isilah ia dengan sesuatu yang bermanfaat!! !!!!!
Ingatlah negeri kita...Akhirat
TAMAT
"Bukan suatu paksaan untuk di sebarluaskan"
"Saling mengingatkan sesama bukanlah hal binasa''

Monday, April 14, 2008

Pelik, tapi BENAR

Saya tak pasti sama ada anda pernah jumpa atau tak perkara yang ingin saya kongsikan bersama anda ini.Tapi saya tak pernah tau perkara ini sebelum ini,jadi di sini saya ingin berkongsi bersama anda semua.

Pelik #1
Cuba buat folder baru dengan nama con atau nul. Semoga berjaya :)

Pelik #2
1.) Buka aplikasi notepad
2.) Taip Bush hid the facts
3.) Simpan (save) fail tersebut (boleh simpan kat mana2 guna apa2 nama sahaja).
4.) Tutup dan buka semula fail tersebut.

Lihat apa yang terjadi..

Pelik #3
1) Buka aplikasi Microsoft Word
2) Taip =rand (200, 99)
3) Tekan kekunci enter

ada sesapa yang tau kenapa terjadi perkara seperti ini?bolehlah kita kongsikan bersama :) Sama-samalah kita pikiaqq..

Sunday, April 13, 2008

Virus,Worm & Trojan

Virus atau juga dikenali sebagai virus komputer merupakan satu program yang ada dalam komputer anda tanpa anda sedari. Virus dapat merebak dan menjangkiti komputer lain. Kemudian, komputer yang telah dijankiti itu pula akan menjangkiti pula komputer lain dan seterusnya. Virus tidak wujud dengan sendirinya seperti virus biologi yang kita ketahui. Tetapi virus komputer wujud hasil dari kod-kod programming yang telah dikodkan oleh pengaturcara (programmer) yang tidak bertanggungjawab. Kenapa programmer membuat virus? Kebanyakkan virus yang dicipta adalah untuk memusnahkan komputer. Mereka (programmer) ini ingin menunjukkan betapa hebatnya ilmu pengetahuan meraka dalam programming ini. Tetapi ada sesetengah programmer mencipta virus untuk memusnahkan virus lain. Tetapi programmer or virus seperti ini amat jarang dijumpai. Dan ada juga jenis virus yang dapat mereplika (replicate) diri mereka sendiri.


Worm
Worm atau cecacing merupakan salah satu jenis virus yang dapat replicate diri mereka sendiri pada jaringan computer (computer network). Mereka tidak perlukan program atau host unuk merebak. Worm ini tidak memerlukan program atau host seperti virus untuk merebak. Apabila worm ini replicate diri mereka sendiri, ini akan melambatkan kelajuan sistem network. Ramai yang salah anggap bahawa, virus adalah worm. Ini tidak benar. Worm adalah virus tetapi virus bukannya worm. Terdapat dua jenis worm, iaitu internet worm dan mass-mailing worm.

Trojan
Trojan adalah satu program “pemusnah” yang tidak dapat replicate dirinya sendiri. Program ini dilihat seperti amat berguna tetapi sebenarnya tidak. Ianya boleh dikatakan seperti “musuh dalam selimut”. Perkataan “Trojan” ini wujud dari satu mitos dari Greek. Pada masa peperangan dengan pihak Troy (Trojan), Greek telah meletak sebuah kuda kayu di luar pintu pagar kota Troy. Pihak Troy beranggapan bahawa Greek telah memberikan hadiah sebagai tanda kekalahan. Dan Troy membawa masuk kuda itu ke dalam kota mereka. Apabila malam menjelma, tentera-tentera Greek yang telah bersembunyi di dalam kuda itu keluar dan membuka pintu kota dan membolehkan tentera-tentera Greek masuk ke kota Troy dan menawan kota itu. Situasi ini samalah dengan program Trojan ini. Di mana, ianya nampak seperti amat berguna dan menarik. Tetapi kemusnahan yang dibawa adalah lebih teruk. Anda boleh dijangkiti trojan apabila anda menerima atau mendownload program-program dari Instant Messenging, warez, email attachment dan lain-lain lagi. Untuk membuang program trojan ini amat mudah. Anda hanya perlu mendelete program itu sendiri.

Bagaimana mereka berfungsi?

Virus
Virus hanya berfungsi apabila user mengguna atau run program/fail itu. Ia tidak akan merosakkan komputer sehinggalah ia diaktifkan. Setiap virus mempunyai tandatangan atau v-marker (virus marker) yang tersendiri. V-maker ini diletakkan di dalam program/fail yang telah dijangkiti. Jadi, program/fail yang telah dijangkiti itu tidak akan dijangkiti lagi oleh virus yang sama. Antivirus juga menggunkan cara yang sama dalam mengesan virus. Setiap antivirus mempunyai database signature virus-virus ini. Apabila anda menggunakan antivirus, antivirus ini akan menlihat dan mengesan setiap signature yang ada pada program/fail anda dan akan membandingkan sama ada signature itu terdapat dalam database. Sekiranya ada, antivirus akan memaparkan amaran pada skrin komputer bahawa ada program/fail telah dijangkiti virus. Apabila tiada lagi program/fail untuk dijangkiti, virus ini akan mula merosakkan sistem komputer. Cara kerosakan bergantung pada virus itu sendiri. Ada sesetengahnya mendelete fail-fail sistem komputer dan ada juga yang mengedit boot files (fail-fail yang digunakan untuk komputer anda boot up) dan menyebabkan komputer anda tidak dapat diboot.

Worm
Worm bertindak dengan mencari kelemahan (flaw) sistem komputer dalam internet. Apabila menjumpai flow ini, worm akan mengreplika diri mereka menerusi flaw itu. Kemudian ianya akan mencari dan menjangkiti sistem komputer yang lain. Mass-mailing worm merupakan worm yang bertindak melalui e-mail. Selalunya worm jenis ini akan menyerang Outlook Express atau Windows Outlook e-mail client. Apabila komputer itu telah dijangkiti, ia akan mendapatkan senarai email di dalam buku alamat e-mail untuk diserang. Kemudian ia akan menghantar salinan diri mereka pada setiap e-mail yang mereka dapat dalam buku alamat e-mail. Kaedah serangan jangkitan ini amat pantas kerana penerima e-mail tersebut akan membuka dan membaca e-mail tersebut kerana mengetahui bahawa e-mail itu datang dari orang yang diketahui.

Trojan
Trojan datang dalam dua bahagian. Satu dikenali sebagai client (attacker) dan satu lagi dikenali sebagai server (victim). Terdapat juga trojan yang tidak memerlukan client. Ia dapat berjalan dengan dirinya sendiri seperti program trojan yang mencuri nombor kredit card, password dan lain-lain. Trojan yang menggunakan kedua-dua bahagian ini dikenali sebagai RAT (Remote Administration Trojan). Apabila victim memulakan server (dengan tanpa disedari), program trojan itu akan menghubungi (istant messenger, e-mail, etc) attacker yang menyatakan bahawa server sedang berjalan. Kemudian, attacker akan mencuba connect pada server itu dan melakukan apa yang diinginkan.

Bagaimana untuk mengatasinya?

1. Install dan update selalu antivirus anda. Sekiranya anda tidak berkemampuan untuk membeli program antivirus, anda boleh melakukan imbasan antivirus secara online.
2. Install firewall dan setkan ia pada tahap maksimum.
3. Setkan antivirus anda pada auto-protect.
4. Download dan install patches terkini untuk sistem operasi anda.
5. Jangan membuka email yang datang dari orang yang anda tidak kenali
6. Jangan mendownload email attachment sebelum anda melakukan imbasan antivirus.
7. Lakukan imbasan antivirus sekurang-kurangnya, dua kali seminggu.
8. Jika anda dijangkiti trojan, cuba download trojan remover dan run’kannya.
9. Langgani artikal-artikal yang berkaitan keselamatan komputer supaya anda dapat mengetahui perkembangan keselamatan komputer.

Wednesday, April 9, 2008

dengan duit,segalanya boleh..

ni nak panggil apa ni?



ni kenderaan macam ni nak panggil apa ni?haa.. sama² la kita pikiaq..

kenali musuh anda..


Kenali musuh anda !!!

Sedikit tentang sibangsat Geert Wilders. Beragama Roman Katholik dan pernah berjuang bersama tentera Israel. Si Bangsat ini pernah menyaran umat Islam negaranya supaya mengoyak Al Quran jika ingin menetap di Belanda. Juga pernah menyatakan bahawa sekiranya Nabi Junjungan kita masih hidup, baginda akan disenaraikan sebagai pengganas. Kenali Musuh anda !!!Terbaru, si bangsat ni la yang mengeluarkan filem fitna..

perhatikan betul-betul


cuba perhatikan betul-betul, ada apa yang tak kena dengan pondok buruk ni..


Tip Keselamatan ICT

  • Rahsiakan katalaluan

  • Salin maklumat penting

  • Gunakan perisian anti-virus yang sah

  • Encrpyt maklumat terperingkat

  • Berwaspada apabila memuat turun program atau fail dari Internet

  • Jangan buka emel dari penghantar yang tidak dikenali

  • Jangan biarkan komputer anda berada atas talian jika tidak digunakan

  • Log off komputer anda sebelum keluar pejabat

Nota Makluman : Serangan Virus Worm Nuwar.AR / Storm Worm / W32/Dref-AB

Tuan/Puan,

GCERT telah menerima aduan bahawa beberapa workstation (PC) agensi kerajaan telah diserang oleh malicious file/program iaitu worm WORM_NUWAR.AR.

Worm tersebut biasanya akan diterima melalui emel dalam bentuk attachment dan akan aktif apabila penerima emel tersebut melarikan (execute) attachment berkenaan. Apabila komputer dijangkiti dengan worm tersebut, ia akan memuat turun beberapa malicious file (Trojan horse) dari internet dan seterusnya akan menjangkiti komputer lain di dalam rangkaian agensi. Pada masa yang sama juga, ia akan menghantar emel (yang mengandungi dirinya sendiri) kepada pengguna lain yang terdapat di dalam senarai emel pada komputer yang telah dijangkiti.

Kesan dari serangan virus ini akan menyebabkan rangkaian dan komputer menjadi perlahan dan seterusnya mungkin akan menyebabkan gangguan capaian dalaman agensi dan juga capaian ke internet. Jika ianya berlarutan, ia juga mungkin akan menyebabkan kebocoran maklumat jika ia berjaya memasang backdoor pada komputer yang telah dijangkiti.

Bagi mengelakkan serangan worm ini, Tuan/Puan adalah disarankan untuk memastikan perisian antivirus yang digunakan sentiasa dikemaskini. Tuan/Puan juga dinasihatkan untuk tidak membuka sebarang emel yang berkaitan sambutan Hari Kekasih (Valentine’s Day) untuk mengelakkan serangan worm tersebut.

Tuan/Puan juga digalakkan untuk sentiasa melayari laman web keselamatan kerajaan (Government Security Web Portal) di http://www.ictsecurity.gov.my/ dan http://gcert.mampu.gov.my/ bagi mengetahui isu-isu terkini berkenaan keselamatan ICT.

cintailah c i n t a

Adalah sesuatu yang menyakitkan ketika kita mencintai seseorang, namun ia tak pernah membalasnya, tetapi yang lebih menyakitkan adalah ketika kita mencintai seseorang sedangkan kita tidak pernah dapat menemukan keberanian untuk mengungkapkan perasaan kita padanya.

Sebuah hal yang menyedihkan dalam hidup ketika kita bertemu dengan seseorang, yang sangat bererti bagi kita, hanya untuk mengetahui pada akhirnya seseorang tersebut tidak ditakdirkan untuk bersama kita, sehingga kita harus dengan berat hati membiarkannya pergi dan berlalu.

Teman terbaik adalah teman dimana ketika kita duduk bersama disebuah buaian, tanpa ada ucapan sekalipun, dan ketika harus berpisah dengannnya, terasa seolah hal tersebut merupakan percakapan paling menyenangkan yang pernah dilakukan bersama.

Adalah benar bahwa kita takkan pernah tahu apa yang telah kita dapatkan hingga kita kehilangannya. Tetapi adalah benar juga, ketika kita tidak tahu apa yang telah hilang hingga hal tersebut menghampiri kita.

Impikan saja apa yang ingin kita impikan, pergi saja kemanapun kita ingin pergi,kerana kita hanya memiliki sebuah kehidupan dan sebuah kesempatan untuk melakukan semua hal yang kita inginkan.

Letakkan diri kita sebagai layaknya orang lain, jika kita merasa hal yang kita lakukan akan menyakiti diri kita, hal tersebut mungkin akan menyakiti yang lain pula.

Kata-kata yang terucap tanpa perhitungan mungkin akan menyebabkan perselisihan, perkataan yang kejam dapat menghancurkan kehidupan, sebuah kata yang tak tepat mungkin juga mampu menambah beban batin seseorang, dan... sebuah kata yang penuh cinta kasih mungkin dapat menyembuhkan dan memberikan berkat.

Orang yang paling bahagia adalah orang yang tidak merasa selalu melengkapkan semua hal terbaik, mereka hanya berfikir bagaimana mencipta semua hal menjadi terbaik bagi mereka, yang berlalu dalam hidupnya.

Cinta dimulai dengan sebuah senyum dan berakhir dengan air mata. Ketika kita dilahirkan, kita adalah orang yang menangis, sementara orang-orang disekeliling kita tersenyum bahagia.Ketika kita meninggalkan hidup, maka kita adalah pihak yang tersenyum begitu bahagia... sementara orang disekeliling kita menangis.

Bicaralah Dengan Bahasa Hati..

Tak ada musuh yang tak dapat ditaklukkan oleh cinta. Tak ada penyakit yang tak dapat disembuhkan oleh kasih sayang. Tak ada permusuhan yang tak dapat dimaafkan oleh ketulusan. Tak ada kesulitan yang tak dapat dipecahkan oleh ketekunan. Tak ada batu keras yang tak dapat dipecahkan oleh kesabaran. Semua itu haruslah berasal dari hati anda.

Bicaralah dengan bahasa hati, maka akan sampai ke hati pula. Kejayaan bukan semata-mata betapa keras otot dan betapa tajam otak anda, namun juga betapa lembut hati anda dalam
menjalani segala sesuatunya.Anda tak kan dapat menghentikan tangis seorang bayi hanya dengan merengkuhnya dalam lengan yang kuat. Atau, memujuknya dengan pelbagai gula-gula dan kata-kata manis. Anda harus mendakapnya hingga ia merasakan detak jantung yang tenang
jauh di dalam dada anda.

Mulailah dengan melembutkan hati sebelum memberikannya pada
keberhasilan anda.

A k u S u d a h B e l a j a r..

Aku sudah belajar bahawa??

Tidak selamanya hidup ini indah

Kadang Tuhan mengizinkan aku melalui lembah derita

Tetapi aku tahu bahwa Ia tak pernah meninggalkan aku

Sebab itu aku akan selalu bergembira.


Aku sudah belajar bahawa??

Tidak semua yang kuharapkan akan menjadi kenyatan.

Kadang Tuhan membelokkan rencanaku

Tetapi aku tahu itu lebih baik dari apa yang kurencanakan

Sebab itu aku akan selalu bergembira.


Aku sudah belajar bahawa??

Dugaan itu pasti datang didalam hidupku

Dan aku tidak mungkin berkata, Tidak Tuhan!

Kerana aku tahu bahawa itu melampaui kekuatanku

Sebab itu aku akan selalu bergembira.


Aku sudah belajar bahawa??

Tidak ada kejadian yang harus disesali dan ditangisi

Karena semua rencanaNYA adalah indah bagiku

Maka aku akan bersyukur dan bergembira

Bergembiralah didalam segala perkara

Kerana gembira adalah resepi jitu yang aku dapatkan dari firmanNYA.

Kenangilah Kasih Orangtua Kita

Kenanglah kedua orangtua anda. Biasanya, di saat orangtua kita masih hidup, tidak mudah bagi kita untuk menghargai kasih sayang mereka. Padahal mereka menebar cinta mereka dalam setiap desah nafas, gerak bibir, dan ayunan langkah mereka. Tak ada yang mereka pikirkan begitu penting selain keluarga mereka, anak cucu mereka, penerus keberlangsungan karya mereka di dunia ini.
Bahkan dalam amarah, kekecewaan dan kesedihan mereka selimuti dengan kasih sayang. Bagi kita, ini mungkin nasehat tua yang sudah terlalu sering terdengar. Namun, tak pernah usang, karena orangtua selalu dilahirkan jaman. Mengenang orangtua sebenarnya mengenang keberadaan diri kita sendiri. Kita terlahir dari buah kasih sayang, kita tumbuh dalam naungan kasih sayang, kita pun ditinggalkan dengan lambaian kasih sayang. Memang tak ada yang terlambat, namun sebelum hati dalam anda menyesal, kasihilah orangtua anda. Bagi mereka, balasan ini jauh lebih berharga dari apa pun yang pernah diperolehnya. Bagi mereka, itulah bekal sebaik-baiknya untuk menikmati usia senja mereka

P E N G E N A L A N

1st skali,aku bukanlah penulis blog yang mempunyai ciri penulis blog yang profesional,cuma sekadar nk m e n y e m a k,aku tak pandai nak berblog² ni.Bak kata orang² tua "tak bertokoh" tapi aku cuba la,apa yang aku mampu,aku pos ja..Nak diikutkan cerita,aku dah banyak kali dah buat blog,dah byk blog dah,tapi tak pernah nk kemaskini..tapi kali ni jiwa aku rasa membuak², rasa nak tulis blog plak..kununnya..haha..tatau la nk jd apa..kita tengok la nanti. p e a c e..tiung