Friday, May 30, 2008

ADA HANTU KAT OPIS AKU?


Pada hari Sabtu lepas, aku bertolak balik ke kedah bersama adik aku yang baru balik dari sabah,lama aku tak balik kampung,rindu sangat nk jumpa mak & ayah.Bila balik kampung rasa macam tak mau balik mai kl lg,hehe..tapi, mau tak mau kena balik gak sebab masih banyak kerja yang aku tak siapkan..best sangat bila sesekali dapat balik kampung..
Aku balik semula ke kl pada hari isnin malam naik bas kul 12 mlm dari jitra,sampai kat pudu lebih kurang dalam kul 5.45 pagi..sampai ja kat pudu, aku amik teksi utk balik ke bilik aku,aku kat sini ni dok bilik ja.Bilik aku tu kat belakang opis aku ja..dari pudu nak ke opis aku tu tak la jauh,dalam 20 minit macam tu ja.Sampai ja kat opis aku,aku trus masuk bilik,lepak jap tggu subuh,pastu aku terlelap..

Dalam kul 8 pagi camtu aku terjaga,aku bangun mandi siap p keja..ikutkan hati, nak ja tdoq,ngantuk seh..dalam bas tak bole nak tdoq.Tapi kena gak la p keja sbb tak ada orang,jadi, hari itu aku meneruskan rutin aku sebagai pekerja yang cemerlang..lol hee..aku masuk kja macam biasa,jumpa balik membe-membe kja..

Tengah aku dok buat keja datang la membe kerja aku ni..aku tengok dia macam ada sesuatu yang dia nk ceritakan,tak pa la, aku pon borak-borak la ngan dia..pastu tetiba dia tanya aku "Jan,selama hang tdoq kat bilik ni hang penah nampak tak apa2?"aku dah cuak masa tu.Boleh dia p tanya camtu.Aku jawab ja tak penah.Memang aku tak penah nampak apa2 pon.Pastu dia pon cerita la,masa aku balik kampung aritu,hari ahad malam dia ada datang opis sebab nk ambil barang dia yang tertinggal.Dia datang dalam pukul 3 pagi camtu.Sampai ja kat depan opis,dia parking kereta,elok nak turun ja dari kereta dia terpandang sesuatu kat depan opis,korang nak tau apa?Dia cakap dia nampak satu lembaga hitam,bentuk macam pocong,tapi merangkak kat depan opis aku,lembaga tu usha ja si membe aku ni..membe aku dah meremang bulu roma dia.Terkejut dia bila tengok lembaga tu,dia tak tunggu lama, dia start kereta dan terus blah. Masa dia cerita tu meremang bulu roma aku.
Mungkin betul dia nampak atau mungkin dia hanya perasan,tu aku tatau la,tapi setakat aku tinggal sini,aku tak penah nampak lagi la dan aku kalo boleh tanak la nampak benda² macam tu.Kat belakang opis aku ni kubur..huhu..Yang pasti lepas ni aku kena selalu beringat,tak boleh lalai.Mak aku selalu pesan,kena selalu baca ayat kursi banyak²,kena selalu beringat...aku goyang gak bila dengar dia cerita camtu ;p.Dah la aku tinggal sorang kat sini..

Friday, May 23, 2008

Kenapa?


Kadang-kadang aku duduk sorang-sorang aku selalu terfikirkan..

01. Kenapa orang yang tak merokok,tak hisap dadah tapi mereka jual dadah?
02. Kenapa belum kawen tapi dah duduk dalam satu rumah?
03. Kenapa mesti nak memaki hamun orang kalau kita ada rasa tak puas hati?
04. Kenapa perempuan suka pakai seksi?
05. Kenapa susah nak menepati janji?
06. Kenapa kita suka mengumpat?
07. Kenapa kita suka tinggal solat?
08. Kenapa kita selalu nampak keburukan diri orang lain?
09. Kenapa masa kita senang kita ada ramai kawan dan bila kita susah tak ada sapa2 pun?
10. Kenapa Pak Lah Masih nak jadi PM walaupun didesak berundur?

Kenapa??anda ada jawapan?haa..sama² la kita pikiaq..

Wednesday, May 21, 2008

sms berantai yang aku dapat..




Baru-baru ini,masa aku tengah lepak minum kat kedai makan aku ada mendapat satu sms dari seorang rakan..bila dibuka saja sms itu berbunyi macam ni:

"
Kpd Semua Kawan² Yang Dikasihi,Jikalau Anda Mendapat Panggilan Telefon Yang Bernombor Panjang,Contoh :
+62852731520946 Dan Nombor Itu Bewarna Merah,Diharap Sangat² Jangan Diangkat dan Dijawab Panggilan Itu.Ini Kerana Di Indonesia Sekarang,Sekumpulan Penuntut Ilmu Hitam Sedang Menguji Ilmu Mereka Melalui Telefon.Jika Sesiapa Yang Menjawab Panggilan Itu,Mulut Akan Berbuih Dan Akan Mati Selepas Itu.Di Indonesia Sudah 9 Orang Mati Dan Malam Tadi Di Puchong 2 Orang Mati.Ini Benar² Terjadi.Tolong Sebarkan Msg Ini."

Apakah Ini Satu Kebenaran?Adakah Di antara Kalian Semua ada yang mendapat sms yang macam saya dapat ini?Tapi Kalo pikiaq balik,takkan la nombor telefon tu jadi warna merah?Apa pendapat anda semua?

Thursday, May 15, 2008

perkara yang menyebabkan penderitaan

Terdapat beberapa perkara yang mempunyai kaitan dengan kesusahan atau secara lebih khusus sebagai penyebab ditimpa kesusahan dan penderitaan yang mana pada kebiasaannya kita mengambil ringan tentang perkara tersebut. Dalam kitab Al-Barakah fi Fadhl lis Sa'yi Wal Harakah yang disusun oleh Abi Abdillah Muhammad bin Abdul Rahman Al-Habsyi telah diterangkan perkara yang mempunyai hubung kait dengan kesusahan seseorang.

1. tidak sembahyang atau solat.
2. tidak membaca Bismillah ketika hendak makan.
3. makan atas pinggan yang terbalik.
4. memakai kasut atau sandal memulakan sebelah kiri.
5. menganggap ringan apa2 yang terjatuh dalam hidangan makanan.
6. berwuduk' di tempat buang air besar atau air kecil.
7. suka bersandar pada pintu rumah.
8. suka duduk di atas tangga.
9. membiasakan diri mencuci tangan di dalam pinggan selepas makan.
10. membasuh tangan dengan tanah atau bekas tepung.
11. tidak membersihkan rumah.
12. membuang sampah atau menyapu dengan kain.
13. suka membersihkan rumah pada waktu malam.
14. suka tidur di atas muka.
15. membakar kulit bawang.
16. menjahit baju yang sedang dipakai.
17. mengelap muka dengan baju.
18. berdiri sambil bercekak pinggang.
19. tidur tidak memakai baju.
20. makan sebelum mandi hadas.
21. tergesa-gesa keluar dari masjid selepas menunaikan solat subuh.
22. pergi ke pasar sebelum matahari terbit.
23. lambat pulang dari masjid.
24. doakan perkara yang tidak baik terhadap ibubapa dan anak-anak.
25. kebiasaan tidak menutup makan yang dihidangkan.
26. suka memadam pelita dengan nafas.
27. membuang kutu kepala dalam keadaan hidup.
28. membasuh kaki dengan tangan kanan.
29. membuang air kecil pada air yang mengalir.
30. memakai seluar sambil berdiri.
31. memakai serban sambil duduk.
32. mandi junub di tempat buang air atau tempat najis.
33. makan dengan menggunakan dua jari.
34. berjalan di antara kambing.
35. berjalan di antara dua perempuan.
36. suka mempermainkan janggut.
37. suka meletakkan jari jemari tangan pada bahagian lutut.
38. meletakkan tapak tangan pada hidung.
39. suka menggigit kuku dengan mulut.
40. mendedahkan aurat di bawah sinaran matahari dan bulan.
41. mengadap kiblat ketika membuang air besar atau air kecil.
42. menguap ketika solat.
43. meludah di tempat buang air besar atau air kecil.

p/s : mai la kita sama-sama pikiaq..ada tak tabiat-tabiat yang kat atas ni yang selalu kita buat?Ianya secara tak langsung mempengaruhi sikap dan tabiat kita..Apa Pendapat Anda?

Sunday, May 11, 2008

Syurga Di Telapak Kaki Ibu

Duhai apakah gerangan budi balasan
Bagi insan melahirkan, membesarkan

Bercucuran airmata bila mengenangkan
Betapakah besar budi ibunda berikan
Siang malam menderita
Hingga entah bila
Sungguh besar pengorbanan
Ibunda berikan

Tiada bahagia jika tiada
Doa puja restu
Syurga itu telapak kaki ibu

selamat menyambut hari ibu, Hargailah segala pengorbanan insan yang bergelar IBU

Monday, May 5, 2008

teka teki imam ghazali

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (Teka Teki ) :

Imam Ghazali = ' Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?
Murid 1 = ' Orang tua '
Murid 2 = ' Guru '
Murid 3 = ' Teman '
Murid 4 = ' Kaum kerabat '
Imam Ghazali = ' Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali = ' Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?'
Murid 1 = ' Negeri Cina '
Murid 2 = ' Bulan '
Murid 3 = ' Matahari '
Murid 4 = ' Bintang-bintang '
Iman Ghazali = ' Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama'.

Iman Ghazali = ' Apa yang paling besar didunia ini ?'
Murid 1 = ' Gunung '
Murid 2 = ' Matahari '
Murid 3 = ' Bumi '
Imam Ghazali = ' Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.'

IMAM GHAZALI' Apa yang paling berat didunia? '
Murid 1 = ' Baja '
Murid 2 = ' Besi '
Murid 3 = ' Gajah '
Imam Ghazali = ' Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.'

Imam Ghazali = ' Apa yang paling ringan di dunia ini ?'
Murid 1 = ' Kapas'
Murid 2 = ' Angin '
Murid 3 = ' Debu '
Murid 4 = ' Daun-daun'
Imam Ghazali = ' Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat '

Imam Ghazali = ' Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? '
Murid- Murid dengan serentak menjawab = ' Pedang '
Imam Ghazali = ' Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri '


'sampaikanlah walau satu ayat'..

TOYOTA COWROLLA