Friday, June 27, 2008

Perbezaan antara filem/drama melayu,cina & india

Drama/Filem Melayu

1. 80% jalan cerita berkisar tentang:


a. Cinta.


b. Cinta 3 segi.


c. Cinta 4 segi.


d. Anak-anak rebut harta pusaka.


e. Kalau keluarga kaya, anak2 rebut sapa nak gantikan Tan Sri (ayah) jadi Pengerusi, CEO atau Presiden syarikat.




2. Cerita polis lak, dialah pegawai penyiasat, dialah jadi forensic, dialah jadi pathologist, dialah yang gi ambush. Semuanya DIA yang buat. Polis plak dialog pakai bahasa buku. "Saya rasa kita patut siasat dengan lebih terperinci tuan". " Betul cadangan awak itu. Kita bertindak sekarang".



3. Kalau cerita pasal Construction, bawak satu pelan gulung, pakai topi KUNING, tunjuk-tunjuk kat bangunan.



4. Adegan doktor kat Wad check pesakit. Ambik fail hujung katil, selak-selak. Dialog wajib : "Kesihatan awak bertambah baik. Banyakkan berehat dan jangan lupa makan ubat ".



5. Adegan kat umah. Ayah mesti tengah baca surat khabar, Mak mesti tengah menjahit atau lipat baju. Orang gaji tengah basuh pinggan. Orang gaji mesti nama dia Mak Nab atau Mak Jah.



6. Nak panjangkan rakaman filem mesti ada adegan kereta sampai kat umah, bukakintu kereta, bukak pintu pagar, masuk balik kereta, drive masuk car porch, keluar, tutup pintu pagar.



7. Adegan sembahyang mesti dah salam akhir or adegan mengaji Quran mesti dah sampai part sadakallah hulazim. ( Cover line kot ).


8. Gangster atau kuncu orang jahat mesti pakai baju tadak lengan, pakai rantai dan rambut kaler².



9. Nak bagi sedih gila, mesti buat adegan dah tahu nak mati pasal kena barah otak atau HIV






Drama/Filem Cina.


1. Cerita Kungfu, hero terror boleh terbang. Tapi sambung pengembaraan mesti jalan kaki. Apsal tak terbang ja. Kan cepat sampai.


2. Hero mesti miskin gila. Tapi mesti ada sekeping or 2 keping duit siling kat celah lengan besar jubah dia.


3. Kalau cerita moden hero boleh lawan dan tewaskan 30 orang penjahat serentak.


4. Biasalah, kalau kena tembak mesti kat bahu atau kat kaki. Tak mati.


5. Heroin mesti jadi bini atau girlfriend boss penjahat dan jatuh cinta kat hero.


6. Hero mesti menembak pakai 2 pistol, kiri dan kanan.


7. Pistol hero mesti peluru tak habis2. Tak payah reload.


8. Cerita hantu, hantu dia biasanya pakai bedak muka tebal2 dan hitamkan keliling mata. Kat bibir ada darah meleleh. ( Tak seram pun ).


9. Kalau cerita lucu plak, mesti ada adegan air liur meleleh keluar mulut macam air paip.


10. Cerita Blue dia pun tak best. Awek mengerang ja lebih.





Drama/Filem India/Hindustan.


1. Biasalah, kebanyakan cerita bermula dengan 2 beradik terpisah.
Sorang di bela oleh orang jahat dan sorang lagi dibela oleh orang baik. Dah besar, abang jadi Inspektor Sahab dan adik jadi gangster. Nak abih cerita mesti adik kena tembak ngan abang dan waktu nazak baru si abang tahu yang dia tembak tadi adalah adiknya sendiri melalui tanda parut.


2. Orang jahat digambarkan tersangat jahat sampai lembu pun takut.


3. Paling pendek pun jangkamasa tayangan adalah 3 jam.


4. Orang jahat dan hero payah nak mati walaupun kepala dah kena ketuk dengan tangga.


5. Hero tak kena tembak walaupun ditembak dari jarak satu kaki

6. Adegan joget sambil menyanyi akan melibatkan penari iringan seramai satu daerah dan bertukar 7 atau 8 pasang pakaian untuk setiap lokasi hanya untuk satu lagu.Joget mengelilingi pokok plak sudah menjadi satu kemestian.


7. Adegan keretapi tak leh tertinggal. Jejoget reramai sampai atas bumbung keretapi.


8. Kalau cerita moden, dialog mesti bercampur bahasa omputeh dan
Hindi. Contoh '"I'm sorry. I didn't know that na mere nam rehe bla bla.."

9. Biasanya plot dan jalan cerita da boleh baca apa penyudahnya.
ramai plak yang tunggu sampai abih.

Aku rasa ada banyak lagi la..sila² pakat² tambah lagi.hehe..

Saturday, June 21, 2008

Apabila Kalut ketika Bercakap..

Kalut?Apa itu kalut?Kalut boleh diumpamakan seperti kelam kabut.Betul ka?Agak betul rasanya.Kali ni aku nak pos tentang kalut ketika bercakap dan berborak bersama kawan².Nak tau apa jadi bila kita kalut camtu?Haa.. ni aku nak bagitau..bila dah kalut,cakap nak cepat,pastu ayat kita jadi salah.Perkara ni aku pernah alami,ayat jadi lintang pukang,pastu kena bahan ngan kawan-kawan.hehe..Bila kawan² aku salah cakap plak,aku akan bahan depa balik haha..di sini ada beberapa ayat atau perkataan yang salah disebut apabila kekalutan melanda dalam percakapan..

  • Mayonis jadi Dominos
  • Rexona jadi Rexoron
  • Praktikal jadi Praktis
  • Nasi Goreng Cina jadi Nasi Goreng Daging Cina
  • Flush jadi Flash
  • Kicap jadi Kacip
  • Tiung jadi Tiang
  • French Fries jadi Friend Fries
  • Kecemasan jadi Kecemacan
  • Roundabout jadi Soundbout
  • Lintang Pukang jadi Lintang Kupang
  • Singapore jadi Singapro
  • Director jadi supervisor
  • Speaking jadi Skipping
  • Tour jadi Tower
  • Field jadi Fail
  • Results jadi Rizab
  • World jadi word

Inilah di antara ayat² atau perkataan yang jadi tunggang langgang akibat kalut sangat nak bercakap,Ia juga dikenali sebagai "Word In Advance" hehe..

Tuesday, June 17, 2008

Ketat...

Seluar jeans paling ketat abad ini rasa aku..haha..

Friday, June 13, 2008

perangai pelik..


Bangun pagi mata celik,Kali ni aku nak cerita tentang perangai-perangai pelik
Pelik la bagi aku,tapi bagi anda semua aku tatau la.Kadang-kadang perangai aku pun pelik gak.Aku tak penah sedar.Yang aku sedar perangai orang lain.haha..Ni aku nak kongsikan la apa yang peliknya peranga-perangai membe aku ni..

  • Buta Huruf tapi pandai kira jumlah duit yang banyak.
  • Guna hanset mahal(3G,kamera 5mp) tapi kredit tak penah ada.(dok pinjam hanset aku gak bila nk sms/call kawan atau awek dia)
  • Tak hisap rokok ,tapi jual dadah serta minum arak (mintak simpang la)
  • Selekeh,tapi awek cun².Ramai pulak tu awek.(ayat dia agak power kot,aku pemalu)
  • Tak puasa,tapi kelam kabut nk beli juadah utk berbuka puasa,kununnya puasa la (buat muka letih,dah nampak rupa cekodok dah muka tu)
  • Nampak baik,tapi suka tikam nombor ekor (kalau aku mimpi nombor,aku bagitau depa)
  • Ada kereta,tapi masih nk pinjam moto aku (bawa awek dia la pulak)
  • Kerja tak ada,tapi duit banyak (siap bole belanja memba²)
  • Kerja belambak kat opis,bila masuk opis ja main myspace,pastu buat² sibuk (staff opis aku,main myspace guna pc aku lak tu..adoi ai)
  • Agak jahat ,tapi baik hati (slalu tolong orang)
  • Suruh tolong topup kredit,pastu cakap nk bayar balik.(dah empat minggu 3 hari tak bayar² balik)
  • Gaya percakapan dan lenggok bahasa mereka akan berubah apabila bercakap dengan orang cina atau india (Kalau cakap ngan cina selalu ada ma kat hujung ayat,kalau cakap ngan india selalu guna u & i, apa kejadahnya ini,kalo cakap macam biasa tak boleh ka?konpius aku)
  • Bila kentut tanak ngaku ( Ni yang paling aku tak suka ni,dah sah dengar bunyi,tapi tak ngaku)
Ni la antara contoh-contoh perangai kawan-kawan aku yang pelik.Pelik mana pun depa,depa tetap kawan aku yang baik dan depa tak penah paksa aku untuk jadi pelik macam depa.Bak kata pepatah"yang baik jadikan teladan,yang jahat jadikan sempadan" Friendship Forever :)

Monday, June 9, 2008

Pengerat Perhubungan..

PERTAMA.

Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.

KEDUA.

Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua.

KETIGA.

Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu


KEEMPAT .

Apabila kamu berkata, " Aku Cinta Padamu", maka tunaikanlah.


KELIMA.

Pabila mengatakan, "Maaf", tenunglah matanya.

KEENAM.

Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.

KETUJUH.
Percayailah cinta pandang pertama.


KELAPAN.

Usah tertawakan impian orang lain. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.


KESEMBILAN.

Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.

KESEPULUH.

Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.


KESEBELAS.

Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.


KEDUABELAS.

Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.


KETIGABELAS.

Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,"Kenapa anda ingin tahu?"


KEEMPATBELAS.

Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.


KELIMABELAS.

Ucaplah "Semoga anda diberkati" apabila mendengar seseorang bersin.


KEENAMBELAS.

Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.


KETUJUHBELAS.
Berpeganglah kepada tiga R:
1. Rasa hormat pada diri sendiri;
2. Rasa hormat kepada orang lain;
3. Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda


KELAPANBELAS.

Usah benarkan pertikaian yang besar, hanya merosakkan sebuah persahabatan yang besar.


KESEMBILANBELAS.

Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.


KEDUAPULUH.

Tersenyumlah ketika menjawab telefon. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.


KEDUAPULUH SATU

Ada ketikanya anda perlu bersendirian.

Friday, June 6, 2008

RM50 vs RM1..

Duit seringgit telah bertemu dengan lima puluh ringgit dan bertanya:

"Oit,lama tak nampak, mana ko pergi?"
Lima puluh menjawab " Aku pergi merata tempat. Pergi stadium tgk bola,
Naik STAR Cruise, gi KK naik AirAsia, lepak One Utama, konsert AF,
Malaysian Idol.. tempat2 cam tuh lah. Eh, ko camner lak?"

Duit seringit menjawab perlahan seraya menunduk,
"Hmm..biasa lah.. Balik-balik tempat sama.. surau, masjid, surau... ".

p/s: jangan tak ingat...!Fikir-fikirkan lah..