Monday, July 28, 2008

Pernahkah anda..?

Pernahkah anda..?

  • Pernahkah anda rasa nak kentut sangat masa tengah lepak dengan kawan² yang lain jantina,anda tahan sangat sampai hijau muka?
  • Pernahkah masa anda mengalami kesesakan lalulintas,anda korek hidung?
  • Pernahkah anda tunggu kawan anda di tempat yang ramai orang,lepas tu anda jadi resah sebab semua orang macam kelihatan sedang memandang anda,lalu anda pun buat aksi yang menunjukkan anda sedang menunggu orang,contohnya melihat-lihat jam tangan?
  • Pernahkah anda memandu kereta manual,lepas tu disebabkan kesilapan teknikal,kereta anda terjerk macam kuda dan mati.Contohnya kat depan kedai makan,lalu anda pun membatalkan niat untuk ke kedai makan demi menutup malu yang amat sangat.
  • Pernahkah anda dibahan oleh rakan² karib oleh dek kerana tersilap cakap?
  • Pernahkah anda rasa nak bunuh orang setelah disoal soalan² yang agak bodoh dan soalan itu juga kalau dijawab akan menampakkan kebodohan anda juga?
  • Pernahkah anda kentut dengan nada kentut yang agak perlahan,dan ada tidak mengaku apabila ditanya "siapa kentut ni?busuk bangkai?"
  • Pernahkah anda merasa tertekan apabila anda sedang kusyuk menceritakan tentang sesuatu kepada rakan anda,tapi rakan anda tu buat tak port ja,lepas tu dia tanya hang cerita apa tadi?Rasa macam nk letak lutut ja kat mulut dia kan..
Sekiranya anda pernah melakukan dua atau tiga perkara di atas,tahniah diucapkan! Kerana anda telah menjadi manusia yang normal. :-)

Wednesday, July 16, 2008

Belajar Bersabar & Menerima Kenyataan..

Suatu hari seorang tua bijak didatangi oleh seorang pemuda yang sedang menghadapi masalah. Tanpa membuang masa, pemuda itu terus menceritakan semua masalahnya kepada orang tua itu.

Orang Tua bijak hanya mendengarkan dgn teliti, lalu ia mengambil
segenggam serbuk pahit dan meminta anak muda itu untuk mengambil segelas air.Ditaburkannya serbuk pahit itu ke dalam gelas, lalu dikacaunya perlahan -lahan.

"Cuba minum ini dan beritahu apa rasanya ", ujar orang tua."Pahit, pahit sekali ", jawab pemuda itu sambil meludah.Orang tua itu tersenyum, lalu mengajak tetamunya itu untuk berjalan ke tepi telaga belakang rumahnya. Kedua mereka berjalan bersama dan akhirnya sampai ke tepi sebuah telaga yg sangat tenang airnya. Sampai saja di sana,orang tua itu kembali menaburkan serbuk pahit tadi ke telaga itu, dan dgn sepotong kayu,dia mengacaunya..

"Cuba ambil air dari telaga ini dan minum." Di kala si pemuda meneguk
air itu, orang tua kembali bertanya lagi kepadanya, "Bagaimana rasa air ini?""Segar", sahut si pemuda."Apakah kamu merasakan pahit di dalam air itu ?" tanya orang tua."Tidak" kata pemuda itu.

Orang tua tertawa sambil berkata: "Anak muda, dengarkan baik-baik.Pahitnya kehidupan, adalah layaknya segenggam serbuk pahit ini, tak lebih ,tak kurang. Jumlah dan rasa pahitnya tetap sama dan memang akan sentiasa sama. Tetapi kepahitan yg kita rasakan sangat bergantung kepada jatidiri yang kita miliki. Kepahitan itu akan datang dari perasaan dan tempat kita meletakkannya. Di saat kamu merasakan kepahitan dan kegagalan dalam hidup, hanya ada satu yg kamu dapat lakukan "lapangkanlah dadamu menerima semuanya itu, luaskanlah hatimu untuk menampung setiap kepahitan itu."

Orang tua itu lalu kembali menasihatkannya : "Perasaanmu adalah tempat itu. Jiwamu adalah tempat kamu menampung segalanya. Jadi jangan jadikan hatimu seperti gelas, jadikannya seperti telaga yg mampu menampung setiap kepahitan itu, dan mengubahnya menjadi kesegaran dan kedamaian."Kerana Hidup adalah sebuah pilihan. Mampukah kita jalani kehidupan dengan baik sehingga ke akhir hayat kita nanti?Belajar bersabar menerima kenyataan adalah yang terbaik..

Belajar Untuk Hidup,Belajar Untuk Terima Segalanya..













Saturday, July 12, 2008

Sungguh Senang..

Dalam kehidupan kita seharian,macam² benda yang kita harungi,kadang-kadang benda yang kita tak mampu buat kita akan buat,tapi benda yang sangat senang untuk kita buat, kita tak termampu..Apa yang nak diceritakan dengan sungguh senang?Mai kita tengok sama²..

  • Sungguh senang untuk kita tinggal solat.(susah sangat ka nak amik masa 4,5 minit untuk nak solat kejap)
  • Sungguh senang untuk berjanji.(Memang senang untuk berjanji,tapi susah nak tunaikan,janji tak pernah ditepati)
  • Sungguh senang untuk menipu.(Kenapa la suka sangat nak menipu?Tak ada apa faedah pon.Dapat dosa ada la)
  • Sungguh senang untuk mengumpat.(Pot pet pot pet,ngumpat pasal orang,gamak boring pun,tayah la nk ngumpat.)
  • Sungguh senang berfikiran negatif.(Kenapa kita harus berfikir negatif?Cth :Pantang nmpak anak dara yang agak berdahi licin,mula la nak pikir yang bukan²)
  • Sungguh senang untuk terjerumus kepada maksiat.(Sekadar ingin mencuba,lama² jadi tabiat.Tak baik ni)
  • Sungguh senang untuk merendahkan martabat seseorang.(Pada hal diri sendiri tak bagus mana pun,buat bagus-bagus ja)
Inilah di antara apa yang aku nampak..sila la tambah² la kalau ada yang tertinggal..bermacam perkara boleh terjadi dalam hidup kita,kadang² kita yang saja² buat..kadang² ia terjadi secara tak sengaja.."Yang baik jadikan teladan,yang jahat jadikan sempadan"

Saturday, July 5, 2008

Lelaki Hensem vs Lelaki Tak Hensem ( macam aku)

Kalau lelaki hensem pendiam
Perempuan akan cakap: wow! cool gila,macho..
kalau lelaki tak hensem pendiam
Perempuan akan cakap: eh perasan bagus,malu kunun..

kalau lelaki hensem berbuat jahat
Perempuan akan kata: nobody's perfect,semua orang penah buat silap
kalau lelaki tak hensem berbuat jahat
perempuan akan cakap: memang…. muka pun macam pecah rumah!memang jahat

kalau lelaki hensem menolong perempuan yg diganggu
perempuan akan cakap: wah.. machonya.. macam hero filem hindi!
kalau lelaki tak hensem menolong perempuan yang diganggu
Perempuan akan kata:nak tunjuk hero kunun, entah2 kawan dia…

kalau lelaki hensem dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: sepadan sangat,bagai pinang dibelah 2..
kalau lelaki tak hensem dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: mesti kena bomoh perempuan tuh!

kalau lelaki hensem ditinggal kekasih
perempuan akan kata: jangan sedih, kan saya ada..
kalau lelaki tak hensem ditinggal kekasih
perempuan akan kata:(terdiam,dalam hati kata padan muka!memang patut la kena tinggal)

kalau lelaki hensem penyayang binatang
perempuan akan cakap: perasaannya halus…penuh kasih sayang
kalau lelaki tak hensem penyayang binatang
perempuan akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi…

kalau lelaki hensem bawa BMW
perempuan akan cakap: matching… hebat luar dalam
kalau lelaki tak hensem bawa BMW
perempuan akan cakap: bawa keta boss dia nih..

kalau lelaki hensem tak mau bergambar
perempuan akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya tersebar
kalau lelaki tak hensem tak mau bergambar
perempuan akan kata: tak sanggup melihat hasilnya..

kalau lelaki hensem menuang air ke gelas perempuan
perempuan akan cakap:ini barulah lelaki gentlemen..
kalau lelaki tak hensem menuang air ke gelas perempuan
perempuan akan cakap: naluri pembantu, memang begitu….

kalau lelaki hensem bersedih hati
perempuan akan cakap: let me be your shoulder to cry on
kalau lelaki tak hensem bersedih hati
perempuan akan kata: kuat nangis!! lelaki ke bukan ni?


kalau lelaki hensem bagi bunga
perempuan akan cakap: wah..cantiknya,i suka sangat..
kalau lelaki tak hensem bagi bunga
perempuan akan kata: eleh,bunga dah layu..

kalau lelaki hensem ajak keluar
perempuan akan cakap: Boleh,anytime..mmg tgh free ni
kalau lelaki tak hensem ajak keluar
perempuan akan cakap:tak boleh la,ada hal,banyak keja nak kena siapkan..

Hensem ka Tak Hensem ka sama saja sebenarnya..yang penting hati,kejujuran & keikhlasan.Apapun tetap syukur Alhamdulillah dengan apa yang ada pada kita..
Tak Gitu??