Sunday, August 31, 2008

Salam Ramadhan..


RAMADHAN : Datangnya Ditunggu,Perginya Dirindu...

RAMADHAN AL-MUBARAK tiba lagi,Alhamdulillah syukur kita kerana berpeluang menyambut RAMADHAN yang mulia ini sekali lagi dan menunaikan kewajipan kita sebagai seorang muslim.Masa begitu pantas..Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan salam RAMADHAN 1429 H dan Selamat menunaikan ibadah puasa kepada anda semua yang beragama Islam..Sama²lah kita mengimarahkan RAMADHAN yang Mulia ini dan marilah kita sama² cuba untuk memperbaiki diri masing² menjadi insan yang lebih sempurna di sisi pencipta kita ALLAH S.W.T..


*Biar Zaman Berubah,Asal IMAN Tak Goyah,Biar Masa Berganti Asal IMAN Tak Mati..*

Saturday, August 30, 2008

Salam Kemerdekaan..

Sebagai seorang rakyat Malaysia yang beragama Islam, kita hendaklah bersyukur pada Allah atas nikmat kemerdekaan dan segala nikmat yang diberi selama ini. Moga limpah rahmat, belas ehsan dan kasih sayang Allah pada negara kita akan berterusan. Tidak ada apa yang lebih baik dan bermakna dengan sambutan ulangtahun kemerdekaan negara yang ke 51 ini melainkan melihat pemimpin dan rakyat yang berakhlak mulia, berilmu dan BERIMAN sepenuhnya pada Allah dalam membangunkan negara..

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia Yang Ke 51..
Kibarkan Jalur Gemilang Dengan Penuh Kebanggaan..

Monday, August 25, 2008

Jangan Jadi Sepeti Lalang..

Mendengar cakap orang boleh dikatakan sebagai punca utama diibaratkan kita menukar diri menjadi "lalang", ditiup ke sana ke mari mengikut arah angin tanpa hala tujuan.Boleh juga diumpamakan seperti kereta kontrol,dikontrol oleh orang ke mana saja.Di mana hak kita jika membiarkan orang lain untuk menguruskan diri kita? Jika mendengar cakap orang memang kita seolah-olah tidak berhak terhadap diri kita sendiri.

Terlalu banyak perkara yang berlaku di depan kita setiap hari. Ada orang yang sudah menjejakkan sebelah kakinya ke jalan kejayaan, minggu depan anda melihatnya terjerumus ke dalam kegagalan, hanya kerana mendengar cakap orang. Satu ayat sahaja sudah boleh memindahkan orang yang berjaya ke dalam kegagalan.

Mengapa agaknya jadi begitu? Kerana tidak ada 2 manusia yang serupa. Setiap orang mempunyai sudut pandangan atau pendapat yang berbeza. Jadi, apa yang dikatakan oleh orang adalah mengikut pandangan atau perspektif mereka sendiri, bukan dari sudut pandangan anda. Sahlah, jika kita mendengar atau mengakui cakap orang bermakna membiarkan orang lain menguruskan hidup kita.Anda setuju?

Jika anda mahu mengelakkan diri dari kegagalan, elakkan sama sekali mendengar cakap orang. Tidak ada sesiapa yang menanggung akibat daripada kegagalan diri anda melainkan diri anda sendiri. Masa depan anda masih terlalu jauh. Oleh itu jangan rosakkannya dengan mendengar cakap orang,orang hanya boleh bercakap,yang nak menghadapinya ialah diri kita sendiri. Tuhan menganugerahkan anda sepasang telinga untuk mendengar dan otak untuk berfikir. Anda boleh mendengar apa yang dicakapkan tetapi pertimbangkan semula apa yang diperkatakan dengan akal fikiran supaya anda boleh membuat keputusan dengan otak sendiri, bukan otak orang lain.

Pilihan di tangan kita..

Sama-samalah kita pikiaq..

Wednesday, August 20, 2008

Antara Malaikat,Manusia & Haiwan

Malaikat: diberi kepadanya akal, tidak diberi nafsu.
Haiwan: diberi nafsu, tidak diberi kepadanya akal.
Manusia: diberi kepadanya akal dan diberi kepadanya nafsu.

Kalau akal manusia dapat mengalahkan nafsunya, maka naiklah manusia ke darjat malaikat, bahkan melebihi malaikat jika dia kuat beramal ibadat kepada Allah. Tetapi jika dia tunduk kepada nafsunya, maka turunlah dia kepada darjat haiwan.
Untuk mengatasi nafsu:
  • hendaklah melawan nafsu dari bertindak semuanya
  • hendaklah memberati dengan beban ibadat yang banyak.
  • Hendaklah memohon bantuan Allah, minta diselamatkan dari bahaya nafsu angkara jahanam yang mencabar.
  • Minta diteguhkan iman dan taqwa, supaya dapat melawan nafsu.
Berfikirlah sebelum melakukan sesuatu,kita diberikan akal untuk berfikir tentang yang positif..tapi mengapa yang negatif selalu berlegar² difikiran kita?Sama² la kita pikiaq..
Ikut Nafsu.. LESU..


Thursday, August 7, 2008

Mencari POSITIF Bagi Sesuatu Yang NEGATIF

Sesungguhnya kita patut BERSYUKUR...

1. Untuk suami/isteri yg tidur berdengkur di waktu malam,
kerana beliau tidur disisi kita bukan dengan orang lain.

2.
Untuk anak/adik perempuan kita yg merungut apabila mencuci pinggan, kerana itu bermakna dia berada di rumah, bukan di jalanan berpeleseran.

3. Untuk cukai pendapatan yg kita kena bayar,
kerana itu bermakna kita masih mempunyai pekerjaan.

4. Untuk pakaian kita yang dah tak muat,
kerana itu bermakna kita cukup makan.

5. Untuk lantai yg perlu dimop, tingkap yg perlu dilap dan rumah yg perlu dikemas ,
kerana itu bermakna kita mempunyai tempat tinggal.

6. Untuk bunyi bising jiran²,
kerana itu bermakna kita masih lagi boleh mendengar.


7. Untuk timbunan pakaian yg perlu dicuci/digosok
kerana itu bermakna kita ada pakaian untuk dipakai.

8. utk keletihan/kesakitan otot selepas seharian bekerja,
kerana itu bermakna kita masih berupaya utk kerja kuat.

9. Untuk tempat letak kereta yg jauh drpd lif,
kerana itu bermakna kita masih berupaya utk berjalan.

10.Untuk jam loceng yg berdering pd waktu pagi,
kerana itu bermakna kita masih hidup untuk meneruskan hari tersebut...


"Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yang kita dapat...dan syukur alhamdulillah dengan apa yang kita ada"