Tuesday, January 18, 2011

Kembali Berblog -.-

Lama sangat tak update blog ni.Last update 9 september 2009,tudia..dah setahun lebih dah tak update.Bukan tak mau update,tapi kadang² tak dan nak update.hehe..maklumlah kat rumah takdak internet,kalau nak berinternet kena p cc la jawabnya..Insyaallah dengan kedatangan tahun baru ni,aku cuba untuk selalu update blog ni. =)

Wednesday, September 9, 2009

Tag Kena Aku


Memandangkan aku telah ditag oleh si KiMiE itu untuk membuat dialog raya paling lucu..maka dengan itu,aku telah mencipta dialog yg aku taktau lucu ke tak utk gambarajah yg di atas hehe.. dialog tersebut berbunyi "Di masa Bulan Ramadhan,Kita p beli mercun di sempadan yeyeh(sambil lompat bintang 34 kali tanda gembira).."AMARAN: dilarang bermain mercun.

Kenangan Pahit Lebih Bermakna Dari Mimpi Indah

Kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk diredah, tetapi ia terlalu manis untuk dikenang. Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir. Kecewa bercinta bukan bermakna dunia sudah berakhir.Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan.Hidup ini indah jika kita tahu menghargainya... Tapi ia amat menyakitkan andai kita melaluinya sambil lewa... moga akan kembali ceria kehidupannya nanti...



Ambillah Waktu

Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan.
Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi.
Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan.
Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan.
Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikanTuhan.
Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan.
Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah muzik yang menggetarkan jiwa
Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti.
Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan.
Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.

Sama-samalah Kita pikiaq :)

Wednesday, August 26, 2009

Puisi Malam Merdeka

malam merdeka
semakin leka manusia di buai rasa kegembiraan
semakin lalai manusia dalam hiburan
semakin galaknya bunyi-bunyi irama muzik
semakin terang lampu neon bercahaya....
dan pasti malam itu
semakin ramai orang yang hilang waktu isyaknya..
semakin ramai orang yang akan hilang harga diri..
semakin ramai anak gadis menjadi mangsa
semakin ramai mat rempit akan beraksi
dan memang pasti
Jalan akan menjadi sesak...
masjid dan surau menjadi kosong...
dataran akan menjadi sesak
sesak dengan manusia..
sepatutnya
malam itu malam pengisafan,
malam yang perlu banyak merenung....
perjuangan pemimpin negara,
memperjuangkan kemerdekaan negara kita..
perjuangan pahlawan negara,
yang gugur di medan juang......
dan akhirnya
anda akan menyaksikan sendiri..

sama² la kita pikiaq..

Monday, August 24, 2009

Sunat-Sunat Puasa

1) Menyegerakan berbuka puasa apabila telah yakin waktu berbuka.
Rasulullah s.a.w. bersabda:
Bermaksud: “Allah berfiman: Hambaku yang lebih Aku cintai adalah mereka yang menyegerakan berbuka”.
2) Makan sahur walaupun sedikit.
Rasulullah s.a.w. bersabda:
Bermaksud: “Makan sahur itu berkat, oleh kerana itu jangan kamu tinggalkan, walau hanya sekadar meneguk seteguk air, kerana Allah merahmati orang-orang yang makan sahur dan malaikat mendoakannya”.
3) Melambatkan makan sahur iaitu lepas daripada tengah malam dan sebelum waktu imsak.
4) Berbuka dengan buah kurma atau benda-benda yang manis.
5) Memperbanyakkan membaca Al-Quran.
6) Memperbanyakkan sedekah.
7) Beriktikaf siang hari dalam masjid.
8) Menghadiri majlis-majlis ilmu.
9) Menyediakan makanan untuk berbuka untuk orang-orang berpuasa.
10) Jangan bersugi setelah tergelincir matahari ke arah barat sehingga terbenamnya matahari kerana boleh memakruhkan puasa.

Selamat Menjalani Ibadah Puasa.Bersamalah Kita Tingkatkan Amal Ibadat Di Bulan Yang Mulia Ini.Semoga Allah Akan Memberkati Segala Amalan Kita :)

Salam Ramadhan Al-Mubarak


Berlabuh sudah tirai Syaaban.Nikmat Ramadhan mula dikecapi.Luhur hati ikhlas amalan.Semoga segala amal ibadat akan lebih diberkati.Mohon maaf atas segala khilaf.Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak & Selamat Berpuasa kepada semua rakan² dan pembaca yang beragama Islam =]