Mendengar cakap orang boleh dikatakan sebagai punca utama diibaratkan kita menukar diri menjadi "lalang", ditiup ke sana ke mari mengikut arah angin tanpa hala tujuan.Boleh juga diumpamakan seperti kereta kontrol,dikontrol oleh orang ke mana saja.Di mana hak kita jika membiarkan orang lain untuk menguruskan diri kita? Jika mendengar cakap orang memang kita seolah-olah tidak berhak terhadap diri kita sendiri. Terlalu banyak perkara yang berlaku di depan kita setiap hari. Ada orang yang sudah menjejakkan sebelah kakinya ke jalan kejayaan, minggu depan anda melihatnya terjerumus ke dalam kegagalan, hanya kerana mendengar cakap orang. Satu ayat sahaja sudah boleh memindahkan orang yang berjaya ke dalam kegagalan.
Mengapa agaknya jadi begitu? Kerana tidak ada 2 manusia yang serupa. Setiap orang mempunyai sudut pandangan atau pendapat yang berbeza. Jadi, apa yang dikatakan oleh orang adalah mengikut pandangan atau perspektif mereka sendiri, bukan dari sudut pandangan anda. Sahlah, jika kita mendengar atau mengakui cakap orang bermakna membiarkan orang lain menguruskan hidup kita.Anda setuju? Jika anda mahu mengelakkan diri dari kegagalan, elakkan sama sekali mendengar cakap orang. Tidak ada sesiapa yang menanggung akibat daripada kegagalan diri anda melainkan diri anda sendiri. Masa depan anda masih terlalu jauh. Oleh itu jangan rosakkannya dengan mendengar cakap orang,orang hanya boleh bercakap,yang nak menghadapinya ialah diri kita sendiri. Tuhan menganugerahkan anda sepasang telinga untuk mendengar dan otak untuk berfikir. Anda boleh mendengar apa yang dicakapkan tetapi pertimbangkan semula apa yang diperkatakan dengan akal fikiran supaya anda boleh membuat keputusan dengan otak sendiri, bukan otak orang lain.
Pilihan di tangan kita..
Sama-samalah kita pikiaq..