Wednesday, April 9, 2008

A k u S u d a h B e l a j a r..

Aku sudah belajar bahawa??

Tidak selamanya hidup ini indah

Kadang Tuhan mengizinkan aku melalui lembah derita

Tetapi aku tahu bahwa Ia tak pernah meninggalkan aku

Sebab itu aku akan selalu bergembira.


Aku sudah belajar bahawa??

Tidak semua yang kuharapkan akan menjadi kenyatan.

Kadang Tuhan membelokkan rencanaku

Tetapi aku tahu itu lebih baik dari apa yang kurencanakan

Sebab itu aku akan selalu bergembira.


Aku sudah belajar bahawa??

Dugaan itu pasti datang didalam hidupku

Dan aku tidak mungkin berkata, Tidak Tuhan!

Kerana aku tahu bahawa itu melampaui kekuatanku

Sebab itu aku akan selalu bergembira.


Aku sudah belajar bahawa??

Tidak ada kejadian yang harus disesali dan ditangisi

Karena semua rencanaNYA adalah indah bagiku

Maka aku akan bersyukur dan bergembira

Bergembiralah didalam segala perkara

Kerana gembira adalah resepi jitu yang aku dapatkan dari firmanNYA.

No comments: