Wednesday, April 9, 2008

Nota Makluman : Serangan Virus Worm Nuwar.AR / Storm Worm / W32/Dref-AB

Tuan/Puan,

GCERT telah menerima aduan bahawa beberapa workstation (PC) agensi kerajaan telah diserang oleh malicious file/program iaitu worm WORM_NUWAR.AR.

Worm tersebut biasanya akan diterima melalui emel dalam bentuk attachment dan akan aktif apabila penerima emel tersebut melarikan (execute) attachment berkenaan. Apabila komputer dijangkiti dengan worm tersebut, ia akan memuat turun beberapa malicious file (Trojan horse) dari internet dan seterusnya akan menjangkiti komputer lain di dalam rangkaian agensi. Pada masa yang sama juga, ia akan menghantar emel (yang mengandungi dirinya sendiri) kepada pengguna lain yang terdapat di dalam senarai emel pada komputer yang telah dijangkiti.

Kesan dari serangan virus ini akan menyebabkan rangkaian dan komputer menjadi perlahan dan seterusnya mungkin akan menyebabkan gangguan capaian dalaman agensi dan juga capaian ke internet. Jika ianya berlarutan, ia juga mungkin akan menyebabkan kebocoran maklumat jika ia berjaya memasang backdoor pada komputer yang telah dijangkiti.

Bagi mengelakkan serangan worm ini, Tuan/Puan adalah disarankan untuk memastikan perisian antivirus yang digunakan sentiasa dikemaskini. Tuan/Puan juga dinasihatkan untuk tidak membuka sebarang emel yang berkaitan sambutan Hari Kekasih (Valentine’s Day) untuk mengelakkan serangan worm tersebut.

Tuan/Puan juga digalakkan untuk sentiasa melayari laman web keselamatan kerajaan (Government Security Web Portal) di http://www.ictsecurity.gov.my/ dan http://gcert.mampu.gov.my/ bagi mengetahui isu-isu terkini berkenaan keselamatan ICT.

No comments: