Friday, May 30, 2008

ADA HANTU KAT OPIS AKU?


Pada hari Sabtu lepas, aku bertolak balik ke kedah bersama adik aku yang baru balik dari sabah,lama aku tak balik kampung,rindu sangat nk jumpa mak & ayah.Bila balik kampung rasa macam tak mau balik mai kl lg,hehe..tapi, mau tak mau kena balik gak sebab masih banyak kerja yang aku tak siapkan..best sangat bila sesekali dapat balik kampung..
Aku balik semula ke kl pada hari isnin malam naik bas kul 12 mlm dari jitra,sampai kat pudu lebih kurang dalam kul 5.45 pagi..sampai ja kat pudu, aku amik teksi utk balik ke bilik aku,aku kat sini ni dok bilik ja.Bilik aku tu kat belakang opis aku ja..dari pudu nak ke opis aku tu tak la jauh,dalam 20 minit macam tu ja.Sampai ja kat opis aku,aku trus masuk bilik,lepak jap tggu subuh,pastu aku terlelap..

Dalam kul 8 pagi camtu aku terjaga,aku bangun mandi siap p keja..ikutkan hati, nak ja tdoq,ngantuk seh..dalam bas tak bole nak tdoq.Tapi kena gak la p keja sbb tak ada orang,jadi, hari itu aku meneruskan rutin aku sebagai pekerja yang cemerlang..lol hee..aku masuk kja macam biasa,jumpa balik membe-membe kja..

Tengah aku dok buat keja datang la membe kerja aku ni..aku tengok dia macam ada sesuatu yang dia nk ceritakan,tak pa la, aku pon borak-borak la ngan dia..pastu tetiba dia tanya aku "Jan,selama hang tdoq kat bilik ni hang penah nampak tak apa2?"aku dah cuak masa tu.Boleh dia p tanya camtu.Aku jawab ja tak penah.Memang aku tak penah nampak apa2 pon.Pastu dia pon cerita la,masa aku balik kampung aritu,hari ahad malam dia ada datang opis sebab nk ambil barang dia yang tertinggal.Dia datang dalam pukul 3 pagi camtu.Sampai ja kat depan opis,dia parking kereta,elok nak turun ja dari kereta dia terpandang sesuatu kat depan opis,korang nak tau apa?Dia cakap dia nampak satu lembaga hitam,bentuk macam pocong,tapi merangkak kat depan opis aku,lembaga tu usha ja si membe aku ni..membe aku dah meremang bulu roma dia.Terkejut dia bila tengok lembaga tu,dia tak tunggu lama, dia start kereta dan terus blah. Masa dia cerita tu meremang bulu roma aku.
Mungkin betul dia nampak atau mungkin dia hanya perasan,tu aku tatau la,tapi setakat aku tinggal sini,aku tak penah nampak lagi la dan aku kalo boleh tanak la nampak benda² macam tu.Kat belakang opis aku ni kubur..huhu..Yang pasti lepas ni aku kena selalu beringat,tak boleh lalai.Mak aku selalu pesan,kena selalu baca ayat kursi banyak²,kena selalu beringat...aku goyang gak bila dengar dia cerita camtu ;p.Dah la aku tinggal sorang kat sini..

2 comments:

Yana Ismail said...

tatotnya:(errrkkk.panjang rambut dia,rebonding ek tiung?huhu

t i u n g said...

erk
ekeke
tatau la nk kata..
si membe tu kata mcm pocong
tp itam
...