Friday, June 27, 2008

Perbezaan antara filem/drama melayu,cina & india

Drama/Filem Melayu

1. 80% jalan cerita berkisar tentang:


a. Cinta.


b. Cinta 3 segi.


c. Cinta 4 segi.


d. Anak-anak rebut harta pusaka.


e. Kalau keluarga kaya, anak2 rebut sapa nak gantikan Tan Sri (ayah) jadi Pengerusi, CEO atau Presiden syarikat.




2. Cerita polis lak, dialah pegawai penyiasat, dialah jadi forensic, dialah jadi pathologist, dialah yang gi ambush. Semuanya DIA yang buat. Polis plak dialog pakai bahasa buku. "Saya rasa kita patut siasat dengan lebih terperinci tuan". " Betul cadangan awak itu. Kita bertindak sekarang".



3. Kalau cerita pasal Construction, bawak satu pelan gulung, pakai topi KUNING, tunjuk-tunjuk kat bangunan.



4. Adegan doktor kat Wad check pesakit. Ambik fail hujung katil, selak-selak. Dialog wajib : "Kesihatan awak bertambah baik. Banyakkan berehat dan jangan lupa makan ubat ".



5. Adegan kat umah. Ayah mesti tengah baca surat khabar, Mak mesti tengah menjahit atau lipat baju. Orang gaji tengah basuh pinggan. Orang gaji mesti nama dia Mak Nab atau Mak Jah.



6. Nak panjangkan rakaman filem mesti ada adegan kereta sampai kat umah, bukakintu kereta, bukak pintu pagar, masuk balik kereta, drive masuk car porch, keluar, tutup pintu pagar.



7. Adegan sembahyang mesti dah salam akhir or adegan mengaji Quran mesti dah sampai part sadakallah hulazim. ( Cover line kot ).


8. Gangster atau kuncu orang jahat mesti pakai baju tadak lengan, pakai rantai dan rambut kaler².



9. Nak bagi sedih gila, mesti buat adegan dah tahu nak mati pasal kena barah otak atau HIV






Drama/Filem Cina.


1. Cerita Kungfu, hero terror boleh terbang. Tapi sambung pengembaraan mesti jalan kaki. Apsal tak terbang ja. Kan cepat sampai.


2. Hero mesti miskin gila. Tapi mesti ada sekeping or 2 keping duit siling kat celah lengan besar jubah dia.


3. Kalau cerita moden hero boleh lawan dan tewaskan 30 orang penjahat serentak.


4. Biasalah, kalau kena tembak mesti kat bahu atau kat kaki. Tak mati.


5. Heroin mesti jadi bini atau girlfriend boss penjahat dan jatuh cinta kat hero.


6. Hero mesti menembak pakai 2 pistol, kiri dan kanan.


7. Pistol hero mesti peluru tak habis2. Tak payah reload.


8. Cerita hantu, hantu dia biasanya pakai bedak muka tebal2 dan hitamkan keliling mata. Kat bibir ada darah meleleh. ( Tak seram pun ).


9. Kalau cerita lucu plak, mesti ada adegan air liur meleleh keluar mulut macam air paip.


10. Cerita Blue dia pun tak best. Awek mengerang ja lebih.





Drama/Filem India/Hindustan.


1. Biasalah, kebanyakan cerita bermula dengan 2 beradik terpisah.
Sorang di bela oleh orang jahat dan sorang lagi dibela oleh orang baik. Dah besar, abang jadi Inspektor Sahab dan adik jadi gangster. Nak abih cerita mesti adik kena tembak ngan abang dan waktu nazak baru si abang tahu yang dia tembak tadi adalah adiknya sendiri melalui tanda parut.


2. Orang jahat digambarkan tersangat jahat sampai lembu pun takut.


3. Paling pendek pun jangkamasa tayangan adalah 3 jam.


4. Orang jahat dan hero payah nak mati walaupun kepala dah kena ketuk dengan tangga.


5. Hero tak kena tembak walaupun ditembak dari jarak satu kaki

6. Adegan joget sambil menyanyi akan melibatkan penari iringan seramai satu daerah dan bertukar 7 atau 8 pasang pakaian untuk setiap lokasi hanya untuk satu lagu.Joget mengelilingi pokok plak sudah menjadi satu kemestian.


7. Adegan keretapi tak leh tertinggal. Jejoget reramai sampai atas bumbung keretapi.


8. Kalau cerita moden, dialog mesti bercampur bahasa omputeh dan
Hindi. Contoh '"I'm sorry. I didn't know that na mere nam rehe bla bla.."

9. Biasanya plot dan jalan cerita da boleh baca apa penyudahnya.
ramai plak yang tunggu sampai abih.

Aku rasa ada banyak lagi la..sila² pakat² tambah lagi.hehe..

20 comments:

Tirai Hidup said...

best juga dari x der citer len..
aku langsung x sempat nonton asik layan blog hahhahah!

t i u n g said...

haha kak
ya ka
blog ja aa?
hehe

Rajuna said...

hahahahahahahahahahahaha
gila briliant!!!!!!


hahahahahaha..takbley bla
ngerang je lebih aku ni
hahaha

t i u n g said...

haha.. :D

Yana Ismail said...

bosanla kan tgk cerita cinta bersegi2 tu?asyik sedih je,bila ntah nak happy ending:P

t i u n g said...

tu la
bersegi-segi
hehe

Yana Ismail said...

lain kali buatla cite yang straight to the point. terus kahwin ke:p senang haha

Yana Ismail said...

update2!huhu

t i u n g said...

tadak topik aa
hehe :P

AL-BIMA SAKTI said...

nak tumpang sekeh sket leh..?

filim melayu tak sah kalau tak ada:

org kaya -
busuk hati & tak berhati perut.
tamak harta.
bisnesman nak jatuhkan bisnesman lain.
rumah macam istana.
bini sombong & angkuh.
kereta mewah lebih lima buah.
tak ada didikan agama.
anak-anak yg suka berfoya-foya dan lawan cakap orang tua.
terpengaruh dan dihormati.
pandang rendah org miskin.
tak ada pakai songkok atau kuopiah.
tak suka menantu org miskin.

org miskin -

hidup terseksa & menderita.
tak tinggal sembahyang.
berhati mulia.
sakit & terbatuk-batuk.
berpakaian lusuh atau koyak rabak.
jadi mangsa orang kaya ayau masyarakat sekeliling.

t i u n g said...

haha
ya btui tu bima sakti..
banyak lg sbnrnya..

Yana Ismail said...

huhu la ni mesti dah ada topic:)

t i u n g said...

haha
tgh pikiaq..
zzz

Yana Ismail said...

update la blog tiung ini:)hehe
haha,suka2 je suh org update.mcm blog princess lak:P

t i u n g said...

hahaha
nk updates la ni
tgguuuuuuuuuuuuuu

Yana Ismail said...

ok:)huhu tunggguuu...mcm host rncgn hiburan lak:p

Desperado said...

Haaa...bleh..aku pun nak tambah
Cilakak lu soul..pecah perut aku baca analisis ngko!

Cerita politik pulak

1) Mesti ada STATUTORY DECLARATION (SD)
2) SD boleh dipinda sesuka hati
3) Kalau nak biasiswa, kongsi masalah akibat diliwat, boleh jumpa anus di PTPM
4) Mesti ada mangsa yang iras-iras jambu wajahnya...dan nama mesti Saiful Bukhari Azlan

www.pilihananda08.blogspot.com

t i u n g said...

haha desperado..
tu la pasal..depa leh buat suka2 hati ja..

melayuangkat said...

Salam Tiung,

Mak Cik baru free nak tulisan kamu ini.

Memang kamu ni 'observant' betul. Amat lucu! Harap harap Datuk Yusuf Haslam pun baca jugak. Sekurang-kurangnya Drama atau movie dia nanti akan ada 'nafas baru".

Kita manusia baisa, kita perlu pada hiburan. Asalkan hiburan itu sederhana dan tidak melalaikan kita dari mengingati Allah swt terutamanya yang lima waktu itu.

WaAllahuAlam.

t i u n g said...

w'salam cik..
thanks sbb sudi tinggalkan komen :)
benda ni selalu sgt,mmg ketara nmpak.tu yg saya ulas tu..hehe
btul apa yg cik ckpkan tu..hiburan kna ada,tapi biar berpada..tak melalaikan..