Terlalu banyak perkara yang berlaku di depan kita setiap hari. Ada orang yang sudah menjejakkan sebelah kakinya ke jalan kejayaan, minggu depan anda melihatnya terjerumus ke dalam kegagalan, hanya kerana mendengar cakap orang. Satu ayat sahaja sudah boleh memindahkan orang yang berjaya ke dalam kegagalan.
Mengapa agaknya jadi begitu? Kerana tidak ada 2 manusia yang serupa. Setiap orang mempunyai sudut pandangan atau pendapat yang berbeza. Jadi, apa yang dikatakan oleh orang adalah mengikut pandangan atau perspektif mereka sendiri, bukan dari sudut pandangan anda. Sahlah, jika kita mendengar atau mengakui cakap orang bermakna membiarkan orang lain menguruskan hidup kita.Anda setuju?Jika anda mahu mengelakkan diri dari kegagalan, elakkan sama sekali mendengar cakap orang. Tidak ada sesiapa yang menanggung akibat daripada kegagalan diri anda melainkan diri anda sendiri. Masa depan anda masih terlalu jauh. Oleh itu jangan rosakkannya dengan mendengar cakap orang,orang hanya boleh bercakap,yang nak menghadapinya ialah diri kita sendiri. Tuhan menganugerahkan anda sepasang telinga untuk mendengar dan otak untuk berfikir. Anda boleh mendengar apa yang dicakapkan tetapi pertimbangkan semula apa yang diperkatakan dengan akal fikiran supaya anda boleh membuat keputusan dengan otak sendiri, bukan otak orang lain.
Pilihan di tangan kita..
Sama-samalah kita pikiaq..
7 comments:
salam... tak nak join gath ke..
Setuju... Anyway, dalam hidup kita sentiasa ada 2 pilihan, negative atau positive. Kenapae nak pilih yg negative kalau positive sentiasa ada... So x perlu nak dengar ckp org lain, sbb pilihan di tangan kita...
ada akai, tp letak kat kepala lutut, ramai manusia cam tu...
btol tu..jangan jadi seperti lalang..jadilah diri sendiri, yg btol2 berusaha utk dpt apa yg kita nak:)
hahhahahhaa...
jiwang jiwang la..
aku tgh serabut..
layan lagu jiwang ok gak..
wahahahahhaha
Assalamualaikum Anakku Tiung,
Bukan mudah hendak ada pendirian teguh pada diri seseorang, walau siapa pun.
Mak Cik rasa semua mula dengan Iman di dada.
Iman datang dari Ilmu. Tentulah Ilmu perlu juga pada usaha ke arah mencari Ilmu itu sendiri. Ilmu di sini adalah Ilmu Dunia dan Akhirat.
Bila berIlmu, kena berAmal pula dengan Ilmu yang kita perOlehi baru datang Iman. Its all in one cirle.
Mustahak juga rakan rakan kita. Bergaul dengan mereka yang ada visi kita pun bersemangat dan bervisi. InsyaAllah.
Orang yang macam lalang sebab kurang visi, cita cita masa hadapan. Minta di jauhkan Anakku dari jiwa begini. Kuatir jadi bak kata perpatah Melayu.
"Hidup Segan mati tak mahu"
mendengar kata2 orang menyebabkan kita sukar bereksperimen untuk memperoleh pengalaman.
resam melayu.
jatuh dikutuk.jaya dicemburui.
persetan itu semua. kita adalah kita. kita yang menentukan diri kita!
Post a Comment