Thursday, August 7, 2008

Mencari POSITIF Bagi Sesuatu Yang NEGATIF

Sesungguhnya kita patut BERSYUKUR...

1. Untuk suami/isteri yg tidur berdengkur di waktu malam,
kerana beliau tidur disisi kita bukan dengan orang lain.

2.
Untuk anak/adik perempuan kita yg merungut apabila mencuci pinggan, kerana itu bermakna dia berada di rumah, bukan di jalanan berpeleseran.

3. Untuk cukai pendapatan yg kita kena bayar,
kerana itu bermakna kita masih mempunyai pekerjaan.

4. Untuk pakaian kita yang dah tak muat,
kerana itu bermakna kita cukup makan.

5. Untuk lantai yg perlu dimop, tingkap yg perlu dilap dan rumah yg perlu dikemas ,
kerana itu bermakna kita mempunyai tempat tinggal.

6. Untuk bunyi bising jiran²,
kerana itu bermakna kita masih lagi boleh mendengar.


7. Untuk timbunan pakaian yg perlu dicuci/digosok
kerana itu bermakna kita ada pakaian untuk dipakai.

8. utk keletihan/kesakitan otot selepas seharian bekerja,
kerana itu bermakna kita masih berupaya utk kerja kuat.

9. Untuk tempat letak kereta yg jauh drpd lif,
kerana itu bermakna kita masih berupaya utk berjalan.

10.Untuk jam loceng yg berdering pd waktu pagi,
kerana itu bermakna kita masih hidup untuk meneruskan hari tersebut...


"Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yang kita dapat...dan syukur alhamdulillah dengan apa yang kita ada"

17 comments:

Mommy Aisy said...

Bagus...Input yg menarik dan menginsafkan daku.
Thanks!

Tp bagaimana pula dgn org yg xpernah bersyukur dgn apa yg dia ada, tp menuduh org lain yg xpernah bersyukur?

Bagaimana?

t i u n g said...

Orang yang tak pernah bersyukur tu kerana dia tak penah puas dengan apa yang dia miliki,terlalu memandang ke atas,lupa rumput di bumi,mungkin dia tamak,tak pernah nak hargai apa yang dia ada,tak tau nak manfaatkan apa yang dia ada..

Man In Black said...

TIUNG,

Nombor 3 denagn nombor sepuluh itu memang POWER gile...

Che

Mommy Aisy said...

Nak tambah tiung,
Orang yang xbersyukur sentiasa mencari kesalahan orang lain semata2 nak menutup kesalahan sendiri.

"Respect Yourself,
Respect Anyone Else, and be.. Responsible for all your actions."

bagus..harap ini jadi prinsip buat semua.

melayuangkat said...

Salam Tiung,

Sungguh menginsafkan tulisan kamu ini. Kita selalu lupa akan segala nikmat dan kurniaah Illahi pada kita.

We take things for granted.

Bersyukurlah..Allah swt akan tambah segala nikmat dan kurniaan DIA pada kita..InsyaAllah.

Berdoalah agar kita jadi insan yang Bersyukur.

t i u n g said...

fanaqila > :) thanks..

melayuangkat > waalaikumsalam makcik :) btui makcik,manusia selalu lupa,leka..tak pernah nk bersyukur..

Unknown said...

5. Untuk lantai yg perlu dimop, tingkap yg perlu dilap dan rumah yg perlu dikemas , kerana itu bermakna kita mempunyai tempat tinggal.
KehKehKeh tiung...tau la ang kena mop lantai opis..HAHAHAHA!!~

AL-BIMA SAKTI said...

tambah sket lagi bleh?

*untuk melayan perangai anak-anak yg nakal dan degil, bermakna mereka masih sihat dan tidak bermasalah kesihatan.

*untuk isteri yang akan meminta duit untuk membeli barangan dapur, bermakna dia masih bersedia menyediakan makanan untuk kita.

*untuk jiran yang sentiasa menjeling serong dengan kemampuan kita, bermakna rezeki kita lebih daripada mereka... hahahaha....

t i u n g said...

kimie > ahaha.. cis.. apapun aku bersyukur.. zzz ;p

al-bima sakti > waa.. cayalah bro..menjeling serong yang tak tahan tu hehe..

Yana Ismail said...

Alhamdulillah:)yana bersyukur dgn apa yg yana ada:)

eer,hehe terlebih makan gitula.huhu

t i u n g said...

princess liyana > hehe alhamdulillah :)

AL-BIMA SAKTI said...

Sdr Tiung,
jika apa yg pernah kau tulis di blogmu semuanya ideamu, aku dgn ikhlas hati menilai bahawa dirimu seorang yg kreatif dan beridea luas. ada humur yg 'berilmu'. teruskan paparan idea2mu yg bernas dan 'seronok' dibaca itu. tahniah...

{aku menilai dari idea2mu yg kau paparkan, bukan dari bentuk atau cara tulisanmu}.

Rajuna said...

betul2...baik budak ni
hehehehe

Kikuri-hime said...

I sooo agree with you. Thing happens a reason... Thanx for opening my eyes...

Yana Ismail said...

ehehe,baiknye tiung kan:)

t i u n g said...

al-bima sakti > thanks bro.. ;)ada gak dr idea orang lain ni, aku tambah² ;p..br belajar :D

rajuna > jahat gak aku weh.. :D

kikuri-hime > :D

princess liyana > ada juga yang tak baik dalam diri ini.. :D

minimainimira said...

hee untuk pakaian yg dah tak muat mmg lah amira..
hehehe
suka betul merungut psl tuh..
harap2 selepas nih dh boleh berubah.