Suatu hari seorang tua bijak didatangi oleh seorang pemuda yang sedang menghadapi masalah. Tanpa membuang masa, pemuda itu terus menceritakan semua masalahnya kepada orang tua itu.
Orang Tua bijak hanya mendengarkan dgn teliti, lalu ia mengambil segenggam serbuk pahit dan meminta anak muda itu untuk mengambil segelas air.Ditaburkannya serbuk pahit itu ke dalam gelas, lalu dikacaunya perlahan -lahan.
"Cuba minum ini dan beritahu apa rasanya ", ujar orang tua."Pahit, pahit sekali ", jawab pemuda itu sambil meludah.Orang tua itu tersenyum, lalu mengajak tetamunya itu untuk berjalan ke tepi telaga belakang rumahnya. Kedua mereka berjalan bersama dan akhirnya sampai ke tepi sebuah telaga yg sangat tenang airnya. Sampai saja di sana,orang tua itu kembali menaburkan serbuk pahit tadi ke telaga itu, dan dgn sepotong kayu,dia mengacaunya..
"Cuba ambil air dari telaga ini dan minum." Di kala si pemuda meneguk
air itu, orang tua kembali bertanya lagi kepadanya, "Bagaimana rasa air ini?""Segar", sahut si pemuda."Apakah kamu merasakan pahit di dalam air itu ?" tanya orang tua."Tidak" kata pemuda itu.
Orang tua tertawa sambil berkata: "Anak muda, dengarkan baik-baik.Pahitnya kehidupan, adalah layaknya segenggam serbuk pahit ini, tak lebih ,tak kurang. Jumlah dan rasa pahitnya tetap sama dan memang akan sentiasa sama. Tetapi kepahitan yg kita rasakan sangat bergantung kepada jatidiri yang kita miliki. Kepahitan itu akan datang dari perasaan dan tempat kita meletakkannya. Di saat kamu merasakan kepahitan dan kegagalan dalam hidup, hanya ada satu yg kamu dapat lakukan "lapangkanlah dadamu menerima semuanya itu, luaskanlah hatimu untuk menampung setiap kepahitan itu."
Orang tua itu lalu kembali menasihatkannya : "Perasaanmu adalah tempat itu. Jiwamu adalah tempat kamu menampung segalanya. Jadi jangan jadikan hatimu seperti gelas, jadikannya seperti telaga yg mampu menampung setiap kepahitan itu, dan mengubahnya menjadi kesegaran dan kedamaian."Kerana Hidup adalah sebuah pilihan. Mampukah kita jalani kehidupan dengan baik sehingga ke akhir hayat kita nanti?Belajar bersabar menerima kenyataan adalah yang terbaik..
Belajar Untuk Hidup,Belajar Untuk Terima Segalanya..
21 comments:
Belajar Bersabar & Menerima Keenakan
Parodi Versi Amiene Rev
Anak muda, ambil serbuk ini dan masukkan ke dalam gelas itu.
Baik tok.
Sekarang kamu minum.
Hm.. sedap tok! Kapucino!
Aha.. err. arr.. Sedap pula. Begitulah kehidupan kamu. Sekiranya kamu masukkan serbuk pahit ke dalam cawan seperti kepahitan ke dalam hidup kamu, maka pahitlah ia.
Pahit, memang pahit tok, tapi sedap! Saya suka kopi tok! Macam mana tok tau. Tok ekpet ye tok?
Aaaa? Hampeh.
Btol tu tiung..mesti belajar bersabar dan menerima kenyataan. Walaupun kadang2 pahit untuk kita terima:(
Kuatkankanlah hati2 kami Ya Allah!
amiene rev> hehehe kopi larat ka apa
keke..
princess liyana> ya btui tu :D pahit ke,manis ke kna belajar terima..
tu la naz slalu ckp live life and learn. hihihi
and u also need luv, trust and enjoy!
miss nazla> hekeke.. tu la tu :P
life is so pain..
pahit ke, manis ke... we must to face it.. jangan lari dari masalah.. its just a test from Him untuk semua hambaNya..
diela> thanks for comment :D
yerp btui tu.inilah yang dinamakan kehidupan
yg pahit itu kesedaran.
yg manis itu kelenaan...
yang pahit tu juga penawar.. :D
salam... apa khabar sekarang..
haha
mungkin refleksi dari tulisan aku
serba negatif aku ni hahaha
er..betul
cuma kadang2 kalau terlalu lama memendam rasa/bersabar..ia menjengkelkan!
Salam... blog page anda sgt menarik. Izinkan saya 'link'kan di page saya. Saya dahulukan dengan terima kasih...
xrajunax > ada positif dalam negatif tu :D
kikuri-hime > thanks for visit my blog..terima kasih sbb sudi link :D
Ijad > w salam.. khabar baik :)
Btol tu.kna terima jgak!update2:)huhu
bg idea plis :P
Alahai..mesti tiung byk idea:)
Salam Tiung,
Memang benar, hidup ini banyak cabaran dan dugaan yang kadang kadang datang begitu sahaja tanpa diduga.
Sebab itu roh dan jiwa kita mesti dilengkapi dengan senjata-senjata yang utama sekali itu itu Ilmu. Sebagai orang Islam, Ilmu Ajaran kitab Suci Al Quran dan Hadith.
Dengan Ilmu yang betul, kita buat Amal Ibadat dan lama kelamaan datanglah Iman. Bila Iman kuat, InsyaAllah, roh kuat, jiwa kuat dan tenang bila menghadapai rintangan hidup.
WaAllahuALam.
Hayakallah,
Aaha... kawe temu balik blog ni. Puah doh kawe gi maghi gi maghi caghi blog ni.
Demo sibuk ko lo ni? Sedak kawe baco blog demo ni.
Kawe dok tunggu ceghito baghu. Kawe tok tau bakpo haghi ni, kawe keno kene kecek Kelate ko blog oghe.
De kawe puah hari ni hari Ahad, padahal Kelate, hari Ahad mano ado cuti po di Joho, Kolupo nge negeri-negeri Pata Baghak nu..
princess liyana > idea datang agak lambat keke..
melayuangkat > waalaikumsalam makcik..btui makcik,tanpa diduga ia datang,kita sebagai manusia kena terima,berbekalkan ilmu,amal ibadat yang kita ada,insyaallah..akan dapat diatasi..
amiene rev > oo demo link truih la..hehe kawe x pandai kecek kelate,kawe org kedah keke..apapun thanks sbb sudi melawat blog ni..
sesungguhnya kesabaran itu amatlah indah.
Post a Comment