Saturday, July 12, 2008

Sungguh Senang..

Dalam kehidupan kita seharian,macam² benda yang kita harungi,kadang-kadang benda yang kita tak mampu buat kita akan buat,tapi benda yang sangat senang untuk kita buat, kita tak termampu..Apa yang nak diceritakan dengan sungguh senang?Mai kita tengok sama²..

  • Sungguh senang untuk kita tinggal solat.(susah sangat ka nak amik masa 4,5 minit untuk nak solat kejap)
  • Sungguh senang untuk berjanji.(Memang senang untuk berjanji,tapi susah nak tunaikan,janji tak pernah ditepati)
  • Sungguh senang untuk menipu.(Kenapa la suka sangat nak menipu?Tak ada apa faedah pon.Dapat dosa ada la)
  • Sungguh senang untuk mengumpat.(Pot pet pot pet,ngumpat pasal orang,gamak boring pun,tayah la nk ngumpat.)
  • Sungguh senang berfikiran negatif.(Kenapa kita harus berfikir negatif?Cth :Pantang nmpak anak dara yang agak berdahi licin,mula la nak pikir yang bukan²)
  • Sungguh senang untuk terjerumus kepada maksiat.(Sekadar ingin mencuba,lama² jadi tabiat.Tak baik ni)
  • Sungguh senang untuk merendahkan martabat seseorang.(Pada hal diri sendiri tak bagus mana pun,buat bagus-bagus ja)
Inilah di antara apa yang aku nampak..sila la tambah² la kalau ada yang tertinggal..bermacam perkara boleh terjadi dalam hidup kita,kadang² kita yang saja² buat..kadang² ia terjadi secara tak sengaja.."Yang baik jadikan teladan,yang jahat jadikan sempadan"

10 comments:

AL-BIMA SAKTI said...

sebab kelemahan diri sendiri. antaranya;

1. iman tak kuat.
2. rasa diri lebih dri org lain(kononnya lbih pandai. lbih bijak.lebih sempurna. lbih tahu. pda hal lebih bahlol sebenarnya.}
3. tak cuba ambil tahu keadaan sekeling. cuma fikir dia aje.
4. mudah berlagak kaduk naik junjung.
5. mudah berlagak kokok brderai2 tp ekor gelumang taik.
6.tak serik dgn apa yg berlaku.
7.tak belajar dri pengalaman.
8. yg penting sebab ilmu tak cukup...

melayuangkat said...

Assalamualaikum Tiung,

Memang segala yang tidak baik itu senang sahaja tergerak hati kita seterusnya kita akan lakukan. Iblis telah berjanji akan menyesatkan manusia hingga akhir zaman.

Sebab itu kita mesti ada perisai dalaman yang kuat. Buat wajah yang handsome atau cantik dan tubuh yang gagah perkasa semata.

Perisai dalaman Iman yang kukuh berpegang pada segala ajaran suci Islam yang sebenarnya berpegang kepada Quran dan Sunnah. WaAllahuALam.

Rajuna said...

aku pun tak tau la tiung
tapi betul juga
dari aspek religinya
satu kebenaran :)

Yana Ismail said...

Btolla tiung semua yg ditulis tu.
Nak tambah, hehe sungguh senang mengeluh.
Kadang2 kita cepat berputus asa, sampai kita hilang kawalan. Sedangkan kita tidak tahu,yang kita tidak suka itu,mungkin yg terbaik untuk kita:)

azie said...

betul2..saya sokong.

rasa nak pi surau plak lepas baca entri nih.

t i u n g said...

al-bima sakti> btul tu bro..aku sokong,tak tau apa,tapi macam tau ja,pendek kata,bodoh sombong

melayuangkat> w'salam makcik,betul tu makcik,yang paling penting sekali hubungan kita dengan tuhan dan berpegang teguh kepada suruhannya.

xrajunax> tu la,aku juga tak nafikan,benda ni juga terjadi pada aku,dah cuba nk elak,tapi secara tak sedar,dok buat gak..

princess liyana> a'a,mudah mengalah,cepat putus asa.. :)

azie> thanks sbb sudi tinngalkan komen.hehe..p masjid plis :P

A t i Q a h said...

Saya pown selalu rasa ini macam. Huhuhu.

Salam singgah.

t i u n g said...

atiQah > ya ka? hehe tu la thanks sbb sudi singgah

Tirai Hidup said...

benar Tiung...
sungguh senang nak jatuhkan seseorang!
boleh jadi seorang tak suka kita..lepas tu habis semua terpalit!Lepas tu pakat cari kesalahan kita pulak..kumpul hingga dah tak nampak segala kebaikan kita buat.. betul Tiung!kalau ramai sebegini jenuh laa pakai x aman dunia!penuh gaduh manjang ...

t i u n g said...

hehe kak..btui tu..