Monday, September 15, 2008

Sebelum Kita Mengeluh..


  • Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,mengumpat atau sebagainya fikirkanlah tentang seseorang yang tidak dapat bercakap sama sekali.
  • Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan yang dimakan, fikirkanlah tentang seseorang yang tidak mempunyai apapun untuk dimakan.
  • Sebelum kita mengeluh tidak mempunyai apa-apa, fikirkanlah tentang seseorang yang meminta sedekah di jalanan.
  • Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk, pikirkan tentang seseorang yang berada pada tingkat yang terburuk di dalam hidupnya.
  • Sebelum kita mengeluh tentang suami atau isteri kita, fikirkanlah tentang seseorang yang memohon kepada Allah untuk diberikan teman hidup.
  • Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup kita, fikirkanlah tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.
  • Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita, fikirkanlah tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak.
  • Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain, ingatlah bahwa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.
Fikir-fikirkanlah..

8 comments:

Kikuri-hime said...

Kita mengeluh sebab kita selalu terlupa... macam saya. Saya selalu terlupa hendak bersyukur. Thanx for this entry...

Yana Ismail said...

Bersyukurla dengan apa yang kita ada, kan tiung?;)

AL-BIMA SAKTI said...

nak tambah sket, bleh..?

1. sebelum kita mengeluh kerana anak-anak kita yg nakal, fikirkanlah bahawa mak kita dulu pernah mengeluh kerana kenakalan kita.

2. sebelum kita mengeluh kerana suami/isteri kita yg garang, fikirkanlah bahawa harimau lagi garang... (gurau jer...)

minimainimira said...

sebenarnya senang jer nak ingatkan diri kita supaya sentiasa bersyukur dan x mudah mengeluh..iaitu dengan cuba melihat pada ujian2 yg diturunkan oleh Allah s.w.t kepada orang lain.cthnya seperti kemiskinan,kehilangan org tersyg.
Bila kita lihat,baru kita mula berfikir.Tapi kalo kita tak berfikir jugak taktau lah sebab itu adalah sebab utama Tuhan turunkan ujian.Untuk kita tabah dan dekatkan diri denganNya dan tidak mudah putus asa/mengeluh.
nice post abgtiung:)

melayuangkat said...

Assalamualaikum Anakku Tiung,

Apa Khabar dan bagaimana Ramadan Al Mubarak 1429 setakat ini?

Kita akan Selamat dunia dan akhirat jika kita sentiasa berSyukur dan tergulung dalam gulungan mereka yang berSyukur.

WaAllahuAlam.

Yana Ismail said...

;)

fiza hafiza said...

rasa cukup dgn apa yg ada..tak perlu mengeluh..
kesyukuran satu kebahagiaan

t i u n g said...

kikuri-hime > btul tu..kita selalu terlupa dengan perkara yng mudah utk kita ingat..

princess liyana > :) syukur tu sbnrnya satu amalan utk kita..

al-bima sakti > keke tul tu bro.. ahaha :P

myra > tul tu myra..thanks..

melayuangkat > waalaikumsalam makcik..sihat.alhamdulillah makcik :).thanks makcik, btui tu, kita kena selalu bersyukur..

fiza hafiza > betul tu,tak perlu mengeluh,tak perlu iri hati dgn org lain..bersyukur,tingkatkan usaha..tu yang penting..


aku mengalami sindrom malas..da lama tak update ni..adehh..